Nov 18, 2011

Pesara Tentera VS Tidak Bersara

Salam dan selamat bahagia, semoga anda semua sihat walafiat hendaknye..kisssss buat semuaaa.




Sekarang ni setiap pagi saya baca dalam Utusan Malaysia di ruangan forum banyak sms-sms yang di hantar oleh bekas anggota tentera yang tidak berpencen. Maksud tidak berpencen adalah mereka-mereka yang hanya berkhidmat selama 10, 13, 15 atau 18 tahun. Bagi mereka ini yang menamatkan perkhidmatan dalam tempoh yang di nyatakan tidak akan menerima bulanan seperti yang di nikmati oleh yang berpencen.

Apa yang saya baca adalah luahan hati mereka-mereka ini yang memohon agar Kerajaan memberi sesuatu kepada mereka dari segi imbuhan bulanan.. saya tidak bermaksud untuk komen atau memberi pendapat. Saya sekadar menulis agar mungkin sesuatu dapat di lakukan bagi membela nasib-nasib anggota tentera yang tidak berpencen.

Dan saya ada juga mendengar di kalangan anggota tentera yang berpencen, maksud berpencen adalah mereka yang menamatkan perkhidmatan penuh dan bekerja selama 21 th, 22 atau 25 tahun. Mereka-mereka ini akan menerima pencen bulanan separuh dari gaji basic ( Gaji Pokok ). Sebagai contoh andaikata gaji pokok terakhir mereka yang menyandang pangkat Sarjan menerima RM3400 jadi ertinya anggota tersebut akan menerima pencen bulanan sebanyak RM1700 sebulan sehinggalah menghembus nafas dan selepas itu pulak pencen tersebut akan di nikmati oleh balu anggota tersebut sehinggalah isteri beliau pulak meninggal, kemudian pencen tersebut akan terus di terima oleh anak-anak yang di bawah umur 18 tahun dan seterusnya.

Dalam hal ini ada pro dan kontra kerana bagi yang berpencen mereka juga ingin menikmati wang tambahan sekiranya yang tidak bersara menikmati kadar bayaran bulanan. Kerana semasa menamatkan perkhidmatan Pesara yang berpencen tidak menerima sepenuhnya wang Kerajaan berbanding dengan yang tidak berpencen kerana mereka menerima wang yang penuh ..tabung dan wang kerajaan.

Semoga luahan hati mereka dapat di dengar dan semoga mereka berjaya dalam apa yang di pohon, insyallah.

DAPATKAN EBOOK INFORMASI PASAR MALAM DENGAN DISKAUN TERHEBAT

No comments :

Post a Comment