Salam selamat sejahtera buat anda semua...hujan dah seminggu reda di Pulau Pinang jadinya ramai peniaga di Pasar Malam juga reda .
Hari ini saya terpanggil ingin membicarakan tentang kebanjiran IPTS yang banyak di Malaysia berbanding IPTA..dan kenapa itu berlaku...
Bagi saya memang bagus dan cukup baik dengan adanya IPTS ini memandangkan tempat untuk kemasukkan ke IPTA adalah terhad dan mungkin ada sesetengah pelajar yang memohon tidak bernasib baik walaupun keputusan mereka amat baik..semuanya bergantung kepada "LUCK".
Apa yang saya betul-betul pasti kemasukan ke Uitm semua student mesti mendapat keputusan "B" dalam mata pelajaran Bahasa English dan sekiranya mata pelajaran lain cemerlang namun tidak mendapat "B" dalam English maka tidak layak..itu yang setahu saya, kalau ada mana-mana student Uitm yang membaca sila komen untuk pembetulan.
Yang ingin saya utarakan di sini adalah mengenai penganjuran Kolej-kolej swasta dalam kursus Perubatan, tak kira Nurses, pembantu farmasi, fisiotherapi, juru x-ray, makmal dan yang berkaitan denganya. Apa yang saya nampak kenapa Kerajaaan tidak mengambil alternatif dengan menghentikan semua kursus perubatan yang di anjurkan oleh KKM ini dan memberi peluang kepada student-student yang sedang belajar sekarang di Kolej memenuhi jawatan kosong di KKM setelelah mereka tamat belajar nanti.... dengan ini dapat menjimatkan bajet tahunan kerajaan.
Tahap prestasi pelajar kolej juga tinggi dan boleh di amat di banggakan justeru itu mereka harus di beri peluang dengan mengadakan sessi temuduga sebelum pengambilan. Bagi saya prestasi kolej swasta juga amat tinggi dan bohonglah kalau ada yang berkata diploma boleh di beli...saya bangkang sekeras-kerasnya kerana ramai kawan-kawan saya merupkan pensyarah dan saya sendiri adalah bekas Pembantu Perubatan ( Penolong Pegawai Perubatan ) dan telah menabur bakti selama 22 tahun.
Justeru itu tidak timbul soal keputusan yang tidak baik atau diploma murahan, mereka-meraka berkata begini sebenarnya cetek dalam pengetahuan atau pun ada sifat irihati. Yang lama atau pun baru adalah sama dan setiap yang baru itu perlu di beri tunjuk ajar...dan yang lama janganlah terlalu mendabik dada, pandang dan renung semula zaman muda anda dan anda baru sahaja tamat kursus tak kira apa sahaja kursus di bidang perubatan, anda juga macam mereka yang sekarang ini, terpinga-pinga dan perlu tunjuk ajar dari orang lama. Lantaran itu buangkan sikap tidak berpuas hati kepada mereka yang baru..satu hari anda akan bersara itu yang pasti.
Saya amat menyeru kepada Kerajaan Malaysia, ramai pelajar separa perubatan yang berminat dalam bidang-bidang ini yang sanggup meminjam dengan PTPTN semata-mata ingin merealisasikan impian mereka..dan keputusan SPM mereka juga cukup cermelang cuma tidak bernasib baik tidak mendapat tawaran belajar dengan KKM.. namun atas usaha mereka , walaupun sebenarnya mereka dari kalangan yang tidak berduit dan atas mengejar impian maka PTPTN menjadi sandaran...jadinya saya pohon agar Kerajaan melihat semua ini dan cuba mengkaji apa yang saya sarankan....dan moga-moga tahun-tahun mendatang akan menceriakan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program-program separa perubatan di IPTS seleruh Malaysia, Insyallah...
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SEKARANG JUGA DI SINI
No comments :
Post a Comment