Oct 31, 2011

EL-NINO- Hujan, Banjir - Dugaan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..harap bersabar dan bertawakal pada Allah dan perbanyakkan doa-doa agar hujan segera berhenti.


Masuk minggu ini dalam perkiraan saya dah jampir 3 minggu hujan turun di sebelah petang dan malam. Cuaca pada siang hari cukup baik dan terang benderang.. namun bila jejak saja jam 4 petang cuaca mulai redup dan mendung. Bunga-bunga hujan turun mulai tampak membuatkan seluruh warga Peniaga Pasar Malam mulai resah gelisah.

Wang simpanan hampir habis, bil-bil belambak tersadai, hati mulai meruntun dan mula gelisah, anak-anak perlukan makanan, perbelanjaan sekolah dan wang saku. Bil-Bil juga perlu di lunaskan. Maka semua ini akan pasti meruntun kegelisahan pada setiap peniaga Pasar Malam yang hanya meraih pendapatan dengan berniaga di pasar Malam.

Kalau hujan turun selama seminggu masih boleh bertahan tapi sekarang ini dah masuk 3 minggu hujan turun sebelah petang dan malam..mana mungkin dapat mengaut keuntungan dan yang pastinya setiap hari terpaksa mengeluarkan wang simpanan buat perbelanjaan rumah dan menampong modal perniagaan. Harapan demi harapan di harapkan pada setiap petang agar hujan tidak turun di malam harinya..namun takdir Allah lebih kuat, hujan tetap turun membadai pada setiap malam. Justeru itu mana mungkin pelangga dapat keluar mencari barangan.

Wajah sayu tergambar pada riak wajah peniaga, setiap orang mulai merungut mengapa hujan masih berterusan dan setiap kali malam hujan pasti turun kenapa tidak turun sebelah paginya.....kesedihan jelas terpancar di wajah masing-masing dan didalam benak fikiran berkata,... " Sampai bilakah harus menanggung kerugian dan ujian yang maha hebat ini".

Mungkin bagi mereka-mereka yang tidak berniaga dan makan gaji..masih mampu tersenyum kerana cukup bulan dapat gaji..dan ada juga di kalangan mereka ini sering mengatakan kepada kami..sebelum ni tak hujan dan sapu banyak kan...tetapi sebenarnya itu pandangan yang salah...jika anda sendiri yang makan gaji dan tak pergi kerja selama 3 minggu bagaimana majikan anda nak bayar gaji kepada anda...jadi tidak perlulah mengungap perkataan sedemikian.....inilah harga yang terpaksa kami bayar di kala musim hujan yang luar biasa.

Tahun lepas tidak berlaku situasi begini kerana tahun lepas hujan turun bersilih ganti siang dan malam ..lantaran itu perniagaan masih mampu di laksanakan pada malam hari tetapi tahun ini setiap malam hujan dan makan setiap malam lah perniagaan kami lumpuh..setiap hari boleh di katakan mengalami kerugian...bagi yang menggunakan perkerja pulak, gaji pekerja terpaksa di lunaskan setiap hari samada untung atau pun tidak. suka tak suka kena bayar gaji...dan apa yang mampu kami lakukan sekarang ini hanyalah bertawakal dan berdoa agar Allah menghenti penderitaan sementara ini ...Ya Allah Yang maha Kaya...hamba mu memohon agar berubahlah cuaca menjadi seperti sedia kala kerana sesungguhnya tidak tertanggung lagi rasanya untuk hamba mu menanggung semua ini..Amennnnnnnnn

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SINI DENGAN SEGERA

Oct 26, 2011

Nuffnang Asia - Pasific Blog Awards 2011 - Here I come - KUALA LUMPUR 16 December

Nuffnang Asia Pacific kini melangkah kehadapan lagi dengan menganjurkan Anugerah Blooger terhebat dan julung-julung kali dia adakan pada tahun ini.




Seluruh blogger akan berkumpul di Mariot KL pada 16 Disember 2011 bagi menerima anugerah yang akan di sampaikan kepada blogger-blogger yang terpilih. Aku amat teruja nak join tapi rasanye mungkin tak kesampaian sebab bahasa penghantar blog aku ni dalam Bahasa Melayu sedangkan Nuffnang lebih memilih blogger yang menggunakan Bahasa English.

Namun aku tak kisah la..yang pentingnya aku tetap menghormati Nuffnang yang telah membuka peluang kepada aku meletakan iklan-iklan mereka dan membuka mata masyarakat tentang kehebatan pengiklan Malaysia.

Bagi aku tak dapat anugerah pun tak apa yang penting aku dapat attend pada hari penyampaian anugerah tersebut bagi menyaksikan blogger-blogger Asia Tenggara berhimpun dan nak lihat gelagat-gelagat mereka.

Aku berminat sangat nak mendekati blogger-blogger Asia tenggara ni bagi mencari kelebihan yang mereka punyai sehingga mereka mampu menggapai anugerah yang berprestij dan bagi aku anugerah Blogger Asia Pacific ni lebih hebat dari anugerah Juara Lagu, lebih anggun dari Anugerah Berita Harian dan lebih mantap dari Anugerah Pelakun Popular mahupun Grammy Award...

Harapan moga ada yang memandang pada penulisan aku ni..mana lah tau kot-kot ada rezeki blogger pasar malam boleh berada sebaris dengan top Asia Tenggara Blogger....hehehhehe

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI DENGAN KADAR SEGERA

Oct 21, 2011

Portal Kerajaan Dan Nasib Pasar Malam



Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...saya baru saja selesai menonton rancangan Wanita Bersama ZamZarina dengan tajuk Bajet 2012 untuk Wanita...

Mmmmmm memang rancangan petang ni nampak meriah dengan kehadiran Dato Sri Shahrizat, seorang menteri yang banyak membantu kaum wanita..dan kisah petang ni banyak berkisar soal kejayaan dan membantu wanita dari golongan yang kurang berkemampuan yakni miskin tegar.Kalau dulu sasaran banyak kepada golongan luar bandar dan sekarang ini juga di teruskan kepada golongan sasar di bandar-bandar.

Dan dalam pada itu termasuk yang di sebut adalah kenaikan terbesar golongan pendidik yang 80% di monopoli oleh kaum wanita..memang satu jumlah yang saya agak terkejut kerana di mana cikgu lelaki ..sekadar purata 20% sahaja..adalah kaum lelaki tidak layak menjadi Guru atau dalam erti kata kelulusan mereka tidak cukup untuk menjadi guru..ini bermakna tidak ada kesimbangan.

Memang kita sedar dan ketahui nisbah purata lelaki dan wanita sekarang ini adalah 1:10, Lelaki 1 dan wanita 10. Itulah kejadian yang telah Allah tetapkan dan mengikut Alim ulama wanita akan mencapai satu nisbah yang paling tinggi suatu ketika nanti iaitu purata 1:50 , lelaki 1 dan wanita 50. Anda fikirkan sendiri.

Bagi pendapat peribadi saya dalam pada kerajaan meningkatkan taraf hidup wanita perlu di ambil iktibar jugak untuk kaum lelaki kerana zaman dah makin berubah, zaman lelaki mendabik dada sudah hampir ke penghujungnya, IPT dan IPTS sudah di dominasikan oleh kaum wanita dan terlalu sedikit lelaki yang belajar di situ, kemana perginya kaum lelaki, adakah mereka hanya layak menjadi buruh-buruh dan pekerja am sahaja. Saya menjadi semakin serabut bila memikirkan soal ini dan satu hari nanti juga saya amat yakin Institusi Ketenteraan juga akan di dominasikan oleh kaum wanita..kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan terkini.

Dalam arus pembangunan yang serba moden dan canggih yang selari dengan zaman kemajuan Internet yang serba canggih ini kini kaum lelaki semakin ketinggalan dan akan membuatkan kaum wanita mendabik dada mereka. mengapa dan kenapa ini berlaku??? tidakkan di dalam hadis dan al-quran mengatakan sebaik-baik pemimpin adalah golongan Adam dan sebaik baik buah fikiran adalah dari Adam.

Segalanya kini sudah semakin kacau bilau dan haru biru, kemana perginya kaum lelaki .. di peringkat sekolah menengah lagi kaum lelaki sudah menunjukan sifat malas belajar, sering ponteng sekolah, bila usia semakin meningkat dan sudah mendapat perkerja sekadar secukup makan maka segala imbauan dan kenangan silam mula menggamit di memori, teringat leteran ibu bapa satu ketika dahulu agar belajar rajin-rajin demi masa depan yang cemerlang bagi mengubah nasib keluarga dan menambah pendapatan keluarga namun masa tu langsung tak di endahkan...dan kini yang hadir hanyalah satu penyesalan yang tak sudah-sudah di sesalkan...Ya Allah kenapa ini mesti terjadi,, adakah ini juga mungkin akan berlaku dan akan terus berlaku pada masa akan datang..hanya Allah yang maha mengetahui dan akau yakin pasti berlaku sehingga dunia berhenti berputar...kerana kisah sebegini semacam sudah tertulis dan tersurat.

Namun demi meninggkatkan taraf ekonomi maka perlulah usaha sendiri kerana kemampuan diri sendiri di batasi oleh minda sendiri...cuba lah insyallah akan di berkati..salam////

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DENGAN TAWARAN HEBAT

Oct 18, 2011

Wabak Demam Denggue

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, seminggu ni kawasan Seberang Perai dan Pulau Pinang sentiasa di limpahi ujan dengan lebatnya..

Saya sendiri pun dah demam ..aduss dah makan ubat tapi masih belum pulih sepenuhnya..hari ni baru terasa sedikit lega setelah 4 hari di serang demam selesema...

Saya ambik PCM dan Penglobe ..coz demam ni kena cover ngan antibiotik baru leh baik ngan cepat....setakat ni lu lah..nak rest..tak larat ni...

Oct 13, 2011

Peniaga Pasar Malam VS Pencen



Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..kisssssss pada semua...dah hampir seminggu rasanye saya tak buat posting kat sini..selepas jer Kerajaan Umum kan Bajet 2012 saya ingat malam tu nak postingkan kisah tentang pencen yang telah kerajaan umumkan dan faedah untuk semua kakitangan kerajaan yang berpencen...

Mungkin ada yang berpuas hati dan pastinya ramai yang kurang berpuas hati...bagi yang mendapat faedah pastinya akan mengucapkan jutaan terima kasih pada Kerajaan sekarang ini namun bagi yang tidak nampak apa pun faedah yang bakal di nikmati semestinya memberontak jadi saya tak akan persoalkan puas hati atau tidak, saya hanya ingin membicarakan soal pencen yang di nikmati oleh mereka yang berpencen.

Dengan kenaikan pencen tahunan sebanyak 2% daripada pencen asal semestinya amat menggembirakan pada pesara yang berpencen..dan dalam ramai-ramai pesara kerajaan ...orang yang paling mendapat faedah adalah mereka-mereka dari kalangan Anggota Angkatan Tentera ( ATM ) yang bersara dan dari kalangan mereka ini adalah anggota lain-lain pangkat (LLP) . Kenapa saya cakap begitu????

Ini kerana pesara tentera dari kalangan LLP akan lebih mendapat faedah kerana usia persaraan mereka amat muda, mereka berkhidmat selama 21, 22 atau 25 tahun dan faedah pencen yang mereka nikmati sebulan adalah dari purata RM1400 ke atas mengikut pangkat akhir masing-masing dan jumlah ini di ambil kira bagi yang mula berpencen pada tahun 2008 hingga sekarang. Dengan kenaikan gaji baru ini pula maka pencen anggota yang baru akan bertambah dan itulah rezeki namanya.

kalau di bezakan dengan kakitangan kerajaan yang lain sebelum ini , rata-rata kakitangan kerajaan yang dalam perkhidmatan AWAM mereka akan menjejak kaki ke usia pencen sekitar usia 58 tahun jadi faedah pencen mereka nikmati mungkin tidak lama di bandingkan dengan anggota ATM yang mula berpencen pada usia 40 tahun dan jangka masa hayat boleh mencapai sehingga ke 25 tahun lagi....

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah menyeru kepada pesara-pesara tentera dan yang bakal bersara.. kehidupan di dunia awam tidak seindah yang di sangkakan..tidak semua yang berjaya setelah menamatkan perkhidmatan.Jadi gunakan sebaik mungkin baki wang yang akan di perolehi...cuba ubah minda dari makan gaji ke perniaagaan sendiri. Tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tidak perlu bersusah payah mencari-cari...usahakan perniagaan Pasar Malam yang menguntungkan di sekitar kawasan penempatan anda.

Tak usahlah kita gusar kerana back-up pencen bulanan dah pun ada ..hanya perlu mencari sedikit tambahan untuk perbelanjaan anak-anak yang semakin dewasa , apatah lagi kiranya anak-anak mula melanjutkan pelajaran ke menara gading...dan jangan terlalu mengharapkan bantuan...renung dan fikirkan apa yang ingin saya selami pada jiwa anda seorang Pesara Tentera....

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG MEMBONGKAR RAHSIA PASAR MALAM

Oct 7, 2011

Bangla Oohh Bangladash..POYO..3GP




Salam dan selamat sejahtera buat anda semua..dan saya yakin pada masa saya sedang mengarang di sini rata-rata penduduk Malaysia sedang menghadap Telivisyen atau pun sedang on9 untuk menyaksikan pembentangan Bajet 2012.

Rata-rata penduduk Malaysia mengharapkan sesuatu dari bajet kali ini dan masing-masing inginkan yang terbaik pada diri masing-masing samada dari sumber pendapatan bulanan, elaun, perbelanjaan dan sebagainya.

kalau di tanya pada semua pastinya yang makan gaji, nak kan gaji naik, elaun naik dan bagi peniaga nak kan barang murah.Dan bagi yang bersara pulak nakkan pencen bulanan naik... semua itu sama-sama kita saksikan nanti ..

Ok berbalik kepada tajuk saya di atas berkenaan Bangla ni..ceritanya begini, semalam saya berniaga di Pasar Malam Tasek Glugor yang terletak di dalam Kampung, namun ramai pelanggan di situ.

Dalam pada rancak berniaga kami terdengar kekecohan nun di hujung tempat parking moto, mulanya saya dan anak buah tak ambik kisah langsung, tapi selepas itu datang sorang customer memaklumkan anak sorang Mat Bangla kena belasah dengan orang kampung sampai bersembur darah.

Siasat punya siasat baru lah kami tahu cerita sebenarnya perihal mat bangla ni kena belasah. Mat Bangla ni lebih kurang kita boleh gelarkan " SEX MANIAC "...gila sex dalam bahasa Melayu. Dah hampir 3 minggu dia dok buat kerja tak senonoh kat pasar malam ni, setiap kali dia lalu kat pasar malam Tasek Glugor bila mana bertembung saja dengan wanita, tak kira lah anak dara ke, bini orang ke, nenek orang ke..dia akan beraksi lucah...nak tau apa aksi lucah yang dia buat..hahahahhahha lawak lawak, dia boleh keluarkan "ANU" dia dan tunjukkan pada mangsa-mangsa dia ..adusssss..padan muka la kena belasah pun ..baru ada akai....hahhahha

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN SEGERA DISINI

Oct 6, 2011

Bihun Sup Ayam

Kissssssssssssssssss buat semua peminat blog pasar malam ini..moga anda sihat dan ceria..dan jangan la malu-malu untuk tinggalkan komen. Negatif atau positif itu adalah pendapat anda yang jujur.




Pengumuman dari saya ..mulai hari ini 6hb Okt 2011, harga bihunsup Ayam akan di naikkan kepada RM3.50 semangkuk memandangkan kos kenaikan harga ayam mentah telah meningkat naik dengan tinggi sekali dan saya masih bertahan walaupun ramai di antara kawan-kawan yang lebih 4 bulan lalu naik kan harga.

Namun di sebabkan kenaikan harga daging lembu juga so saya memang dah tak dapat bertahan lagi dah..modal terlalu tinggi tidak setimpal dengan yang di perolehi. Harapan saya agar pelanggan-pelanggan setia dapat menerima kenaikan harga baru ini dan tidak berasa gusar atau kecil hati, semoga anda semua berpuas hati. Saya akan terus memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik buat anda semua..insyallah .

Pernah jugak terlintas di hati saya nak buat sup puyuh tapi kekadang tu timbul kegusaran samada pelanggang menyukainya atau pun tidak, tapi bak kata orang belum cuba belum tahu..rasanya mungkin saya akan tambah satu menu lagi nanti, mudah-mudahan akan mendapat sambutan dari peminat bihunsup..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI SEGERA

Oct 5, 2011

Resipi Nasi Kerabu

Salam dan selamat sejahtera buat semua kekawan, sebenarnya saya bukan nak ceta perihal nasi kerabu tetapi nak bicara soal duit yang masyukk hasil jualan nasi kerabu yang rasanya maha hebattttt..adusss teruja saya beb...




Semalam dok gebang-gebang la ngan toke nasi kerabu yang jiran saya kat tapak pasar malam Taman Janggus, Alma. dah agak seminggu dah bro ni tak meniaga ..saya agak-agak mungkin dia balik kelantan coz bini dia owg Kelantan...semalam saya saje je menyapa bro ni...awat lama tak nega...balik kampung kew.

Jawapan dari dia..mana ada balik kampung pun ...juz ambik angin relak2 jerk...pasai sabtu lepas dia baru jerk buat kenduri kesyukuran...sembang punya sembang dia tanya saya nape tak datang rumah mase kenduri hari tu...owhhh baru saya teringat memang dia ada jemput saya tapi mungkin saya terlupa kot..lagi plak tarik dia wat kenduri jatuh pada hari Sabtu yakni pasar malam Taman Pauh..huhuhu..pastinya saya tak akan hadir...nak wat cam na kan kan kan..




Dalam pada borak-borak tu mulut capoi saya pun terkuar la soklan ..awat hang tak nega kat Alma ..sat mai sat tak mai...selamba dia jawab, slow la kat situ..modal dah ejas bagi ciput tapi masih slow..modal sehari dalam RM350 ..tapi sale cuma RM600 jerk...

La ni dia dok ejas area len plak yang income lagi dahsat...korang yakin tak kalau aku cakap sale dia kat pasar Malam Taman Pauh..dari jam 6 petang hingga jam 10 malam ..dia bley jual sebanyak RM2500....jangan tak percaya ..inilah kenyataanya penangan nasi kerabu yang hebat..bagi aku..memang aku yakin dan percaya 1000% coz aku sendiri yang saksikan bagaimana perkembangan kehidupan bro sorang ni dari dia kerja Kilang ..lepas tu berhenti dan mula masuk ke bidang pasar malam...perubahan kehidupan dari segi ekonomi dai memang cukup mantap...kalau anda masih kurang yakin dan pasti..sila datang ke Pasar Malam Taman Pauh hari sabtu..hadapan politeknik Seberang Perai..dan nikmatilah nasi Kerabu Pantai Timur...yang tiada tolok bandingnya...

Aku sendiri pun tak leh dapat sale sampai banyak cam tu..walaupun aku dah lama dalam pasar malam ni..aku masih lagi belajar tak kira dengan siapa sahaja..samada orang tu dah lama atau yang masih baru..yang penting ilmu yang akan aku garabkan bagi menghasilkan jualan yang hebat..insyallah..

Dan anda pulak bagaimana, bila nak mulakan perniagaan pasar malam anda...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

Oct 3, 2011

Pending Pasar Malam Chain Ferry

Salam dan selamat sejahtera....hari ni Isnin 4hb Okt..seperti janji penganjur pasar malam jalan Chain Ferry, Butterworth yang mungkin tapak baru ini akan mula beroperasi hari ini.

Tapi nampak gayanye terpending lagi la, petang tadi saya cuba hubungi penganjur dan cuba dapatkan maklumat terkini dan yang pasti nya jawapan yang di terima, belum dapat clearance dari MPSP ag...adusss awat lambat sangat MPSP ambik masa nak luluskan.

Cepat la luluskan wahai MPSP kerana

pasar malam ja lah tempat bangsa Melayu yang ramai berniaga dan cari makan, harapan saya agar pihak berkuasa MPSP yang bertanggungjawab cepat-cepat luluskan ....ciaan kat kawan-kawan yang masih belum ada tapak hari Isnin.

Anyway thank to Peguam Rosdeee kerana segalanya telah selesai???

Jom dapatkan ebook Pasar Malam kat sini..klik ja