Salam dan selamat sejahtera buat anda semua...semoga sihat walafiat.
Semalam perniagaan kami kurang rancak dan ini mungkin di sebabkan baru sangat lepas menyambut Aidil Fitri dan wang di poket pun makin nipis maka pembeli akan lebih berhati-hati untuk mengeluarkan wang . Mereka hanya akan membeli barangan yang benar-benar di perlukan sahaja ataupun
membeli sekadar nak merasa dan berkongsi satu keluarga, almaklumlah gaji untuk bulan ni nak dapat lambat lagi.
Di sebabkan kurang laris perniagaan semalam saya ambik peluang ni ziarah kawan-kawan yang berniaga kat sini dengan setiap tapak saya lepak antara 10 ke 15 minit berbual kosong kerana saya terlalu jarang nak melepak cam ni sebab tak sempat dan kekadang saya kurang berminat sikit hal lepak melepak ni.
Dalam pada melepak tu kami berbual lah pasal jualan di Bazaar Ramadan yang lepas, seronok jugak ceta pasal benda ni dan dalam pada tu datang lah sorang sahabat ni yang menjual Air balang....sembang punya sembang dia kuarkan cerita pasal sale dia di bazaar ramadan baru, katanya sale dia mencecah sampai RM25K ...kami yang mendengar pun tak berkata apa, sekadar mendengar dengan penuh minat...wowwwww 25 Ribu tuh..seorang kawan saya menyampuk...
Dan kami masing-masing hanya tersenyum simpul hehehhe, apa yang kami senyumkan masing-masing tau sama tau (TST), inilah yang di katakan temberang hehhhe, tapi kita dengar je lah ..tak nak bangkang..masuk kiri keluar kanan , layan jer lah sekadar mbik hati kawan tu....
Pasal tu tajuk yang saya buat di atas menyatakan kisah ini, tak semua yang peniaga Pasar Malam berbicara itu semua benar. Kita harus tengok pada jenis perniagaan beliau dan andaikata seseorang itu menjual lauk-pauk atau barangan yang sekali orang beli RM3 ke atas itu memnag logik dan masuk akal serta andainya menjual air balang dan buka sampai 3 atau 4 cawangan memang logik cecah RM25K....tetapi kalau sekadar 1 cawangan maka anda fikir-fikirkan sendiri...jumpa lagi ...salammmmmm
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN ILMU KEWANGAN
No comments :
Post a Comment