Aug 28, 2011

Cobaan Dan Dugaan


Secara tetiba dalam jam 4 petang hujan turun dengan lebatnya dan semakin lebat sekitar jam 6 petang di sekitar Seberang Perai. Dan apa yang mampu di lakukan oleh peniaga Bazaar Ramadan seperti kami hanyalah berdoa pada Allah agar hujan berhenti, namun segalanya hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Apa pun saya redha pada apa yang berlaku dan inilah ketentuan takdir yang maha esa dan maha bijaksana, kerana hanya Allah sahaja yang maha mengetahui setiap kejadian yang menimpa pada hambanya dan pada apa yang berlaku.






Dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua peminat blog ini dan kepada pembeli-pembeli Ebook The Silent Pasar...saya susun sepuluh jari di pohon jutaan ampun andainya ada salah dan silap dari penulisan mahupun tutur kata sebelum ini, harap di ampunkan... Insyallah kita usahakan lagi peniagaan kita di masa akan datang selagi Allah masih berkehendak kita bernyawa di atas muka bumi ini...Salam dan Selamat Hari Raya..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DENGAN TAWARAN YANG HEBAT

Aug 26, 2011

The nightmarkets - Pasar Malam


The nightmarkets (Pasar Malam) are always very pleasant to go.In the evening it's very nice to walk along all the stalls in search for something to take home. The salesman are certainly not pushy. They wait until you've made your choice. And then ....... the bargaining starts.

You'll find the nightmarkets in the city's, like George Town, Bukit Mertajam and Butterworth. Sometimes the nightmarkets move to another area of the town. So, if you want to visit one, please just ask people surrounding you, where the night markets are held. In Kuala Lumpur you can go to Jalan Tuanku Abdul Rahman. There it's always in Petaling Street.





On Penang most people are going to the nightmarket in so many area . Although there are also night markets in George Town (call for these the Tourist Information). In Batu Ferringhi the nightmarket is along the main street. When you're walking down the road, looking for a restaurant, you can have a look at the stalls. It's not so crowded at the stalls and the salesmen are certainly not pushy.





The salesmen are starting around 5 Pm and they end around 11 Pm. If it's raining there's a chance, that they won't come at all. And when the selling is bad, then they close sometimes a little bit earlier. They arrive in little vans, which are fully loaded with their business. What you can buy? Cd's, dvd, clothes, T-shirts, souvenirs, paintings, handbags, wallets, sunglasses and so on.
Of course ...... most is illegal stuff, like the watches (Rolex, Breiling), the sunglasses (Gucci), the hanbags (Prado).

And Also selling a lot og food, fish, chicken and anything you can found in Pasar Malam...

Get Your Pasar Malam Ebook Just For Free Down Here

Aug 25, 2011

Shopping VS Ujan Lebat


Salam dan selamat sejahtera...

Fuhhhhh...tak sangka , harapkan panas sampai ujung bulan tapi ujan di pertengahan bulan ....namun kita kena redha dengan ketentuan Allah...

Hari ini aku baru berpeluang bawa anak-anak pergi shopping baju raya...hehehe pakaian anak perempuan la yang paling mahal..nak wat cam na kena beli gak la..lau budak kecik beley la kita yang pilihkan tapi bab anak dara ni mmmmm dia yang nak pilih sendiri, abah kuarkan modal jerk...kopak la gak huhuhu..tapi seronok layan kerenah bebudak ni..

Petang tadi dalam jam 1 aku berkesempatan berkunjung ke Mak Mandin , kilang membuat keropok dan makanan yang sering di kunjungi pembeli sempena menyambut Aidil Fitri. Apa yang sya perhatikan tadi kebanyakkan pelanggan majoriti terdiri daripada kakitangan kerajaan yang beruniform...sempat jugakkan depa pi shopping waktu kerja..apa yang seronok sya terpikir la..yang puak puak depa ni la yang selalu merungut gaji kecik la, tak cukup la huhuhu...saya perhati gak jam di tangan..dah nak masuk jam 2 petang masih berlonggok lagi kat situ...tak kerja ke diaorang ni...huhuhuhu...fikir la sendiri...

Berbalik pada biz hari ni..petang tadi kebanyakkan peniaga yang menjual air balang semuanya mbik MC mengejut di sebabkan ujan lebat dari pagi sampai la jam 5 petang...tapi nak di katakan rezeki yang telah Allah tetapkan ..sesapa yang menjual air balang patang tadi semua kaut untung gila-gila coz ujan berhenti jam 5.30 petang...masa ni la pelanggan datang berpusu-pusu mencari air...epi jerk kawan aku kat sebelah yang jual air hari ni..rezeki rezeki...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA TANPA RASA RUGI DI SINI

Aug 24, 2011

Ramadan Ke 24...Boosterrrr Injection...


Salam dan selamat sejahtera....hari ini segalanya menjadi suram dan entah lah kekadang janji hanya tinggal janji...

Perbincangan dengan Pegawai bahagian Sampah MPSP masih lagi tinggal janji..nak berniaga petang tadi pun hilang mood...mmmm sakit hati pun ada...dah nak masuk satu bulan dah janji mereka nak hilangkan tapak sampah di Pasar Malam Mengkuang. Nampaknya sampai sekarang masih lagi gagal...janji manis yang di taburkan masih tidak di tunaikan..mungkin inikah nasib peniaga Pasar Malam...

Namun apa-apa pun saya tetap akan berusaha sedaya upaya agar sesuatu dapat di laksanakan..patang tadi saya dah pun talipon JKKK Kuala Mengkuan bertanyakan hal ini..namun jawapan yang saya terima amat mendukacitakan..sedih bercampur geram..namun saya perlu bertindak bijak dan bukan dengan emosi.

Esok petang saya akan panjat pejabat MPSP Bandar Perda untuk bersemuka sendiri dengan Pegawai yang bertanggungjawab agar perkara ini dapat di selesaikan dengan baik, memandangkan hanya tinggal satu minggu sahaja lagi Ramadan akan meninggalkan kita dan Syawal pasti menjelma ..di mana saya akan mulakan perniagaan Pasar Malam selepas cuti seminggu berhari raya....saya di jangka memulakan perniagaan Pasar Malam pada 6hb September... .

Harapan dan doa saya segalanya dapat di selesaikan dengan baik dan tanpa ada sebarang sakit hati atau dendam..Insyaallah..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DENGAN SEGERA SEMENTARA MASIH ADA STOK

Aug 23, 2011

ZAKAT FITRAH


Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah Syukur saya panjatkat kepada Allah di atas rahmat dan limpah kurnianya, kini kita semua telah menghampiri minggu-minggu terakhir ramadan yang mulia ini.

Semoga kita semua mengambil iktibar dan saling bantu membantu kepada mereka yang tidak bernasib baik dan semoga Ramadan ini kita sama-sama beriktikad untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Mmmmmm , dalam kita berseronok mengaut keuntungan yang berlipat ganda, jangan pula di lupakan kepada golongan yang memerlukan dan paling penting jangan lupa membayar Zakat Fitrah...kalau di Pulau Pinang zakat futrah tahun ni adalah RM7 seorang...

Semoga anda mendapat berkat dan hidayah dari kemurahan hati anda...insyaallah..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN HANYA PERCUMA DI SINI

Aug 22, 2011

JongKong Emas


Salam dan selamat sejahtera buat semua peminat-peminat Pasar Malam.... diam tak diam kini kita sudah pun masuk ke Ramadan yang ke 22. Memang tak sedarkan Ramadan semakin hampir meninggalkan kita tatkala kita alpha ....maksud alpha pada yang leka tanpa memegang teguh prinsip seseorang Islam berpuasa.

Menghampiri akhir 10 Ramadan maka rebutlah satu peluang yang Allah telah berikan untuk semua umat Islam yang ingin mencari satu malam yang LEBIH BAIK dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar, dan andainya kita berjaya mendapatkannya maka besar ganjaran Pahala menanti kelak..insyallah..mari lah sama-sama kita merebut peluang yang hanya satu tahun sekali sahaja yang di berikan...kerana tidak pasti samada kita masih lagi dapat bersama-sama pada Ramadan di tahun hadapan.

Berbalik kepada perniagaan Bazaar Ramadan kita , pada pertengahan Puasa rentak perniagaan menjadi terlalu perlahan...tetapi anda janganlah khuatir kerana begitulah rentaknya pada setiap tahun..tetapi ianya akan kembali rancak bilamana masuk minggu terakhir ...justeru itu bersiap sedialah untuk anda berperang semula untuk minggu-minggu terakhir dan insyaallah anda mampu lakukan...

Dalam kita mencari keuntungan...saya harap kita tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan hamba kepada Allah...anda tentu fahamkan maksud saya...

DAPATKAN EBOOK BAZAAR RAMADAN DAN EBOOK PASAR MALAM TERHEBAT DI SINI

Aug 10, 2011

10 RAMADAN

Salam dan selamat sejahtera....

Hari ini masuk lah hari yang ke sepuluh kita berpuasa dan semoga anda tabah dalam mengharungi ramadan pada tahun ini dan insyallah ganjaran yang maha hebat dari Allah pasti menanti anda kelak....lakukan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan dan ketelusan hati.

Baru sekarang ini saya berkesempatan update blog, huhuhuhu almaklumlah sibuk sikit bila tibanya ramadan.... siang dan malam sentiasa sibuk ..pada siang hari sibuk mengejar duniawi untuk meneruskan kehidupan ini..manakala malam hari pulak mengejar akhirat..insyallah mudah-mudahan mendapat barakah dari yang esa.

Seperti tahun-tahun yang lepas, di awal puasa kerancakkan perniagaan memang terasa hebatnya dan memang tak menang tangan melayan kerenah pelanggan. Namun bila sahaja masuk minggu ke2 maka semua jenis juadah yang di niagakan akan menjadi sedikit perlahan kerana rata-rata pelanggan lebih gemar memasak juadah berbuka sendiri..dan kemuncaknya akan datang semula pada minggu ke3 dan seterusnya setelah pelanggan mulai sibuk membuat kueh raya dan tak sempat nak masak juadah berbuka...

Dan pesanan saya jangan lupa kibarkan jalur gemilang di premis anda...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN YANG TERHEBAT DI ALAF INI DISINI