Jun 13, 2011

Aksesori


Mungkin setelah anda membaca ebook The Silent Pasar Malam anda masih kurang faham atau masih samar-samar .

Jadi jangan malu-malu untuk menghubungi saya pada talian talipon yang tertera yang telah anda terima. Anda mungkin tak tahu nak cari barang-barang di mana atau lokasi yang saya maklumkan tidak sama seperti di lokasi anda justeru itu anda perlu fikirkan di mana tempat untuk mencari di mana boleh perolehi barang tersebut.

Tidak perlulah anda susah hati atau gusar segalanya akan kita tangani bersama dengan mudah dan senang dan tidak susah pun....apa yang penting adalah kemahuan anda ingin belajar dan mempraktikannya...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN ANDA UNTUK BAZAAR RAMADAN 2011 SECARA PERCUMA

Jun 6, 2011

RAMADAN BAZAAR


RAMADAN

The month of Ramadan is the ninth month in the Islamic lunar calendar, and is a month where Muslims must fast ("puasa" in Malay) from sunrise till sunset.

It is a month for spiritual reflection, prayers, and essentially training the body and mind to be a good, righteous, complete and perfect Muslim.

Fasting is not only forgoing food and drink from sunrise till sunset, but also "fasting" of the mind from unhealthy thoughts, the mouth from uttering bad words, the ears from listening untrue gossips about others, and the eyes from looking at prohibited matters.

In short, fasting and refraining from all bad practices and thoughts.

Hopefully the good qualities and practices cultivated will continue after Ramadan, thereby enhancing and making oneself into a righteous and better person.

Ramadan is also a month Muslims are exhorted to cultivate the practice of giving alms and donations to the poor.

The poor and orphans are invited for special meals during the breaking of fast and given new clothes and other personal items for them to enjoy and celebrate Aidil Fitri.




During this month, you will also find that mosques and suraus are a hive of activities at night.

It is the time of year when Muslims perform the Terawih prayers after the mandatory Eishak prayers at night. Mosques in towns and kampungs are lively and filled to the brim with congregations during the Terawih prayers.

The fasting month of Ramadan ends when the new moon is sighted (1st of Shawal month) with a Muslim festival known as Aidil Fitri. In Pahang and Malaysia, it is also popularly known as Hari Raya Puasa.

VARIETIES OF FOOD AND DRINKSThe food traders, who are given temporary license at allotted spaces by the local authority, sell usually under canopies and huge umbrellas.

Stalls are normally set up as early as 3.00pm and by late evening they would be packed with people of all races.

For the stall traders, some of them part-timers, it is a time when they can earn extra income for the family to be used for buying essentials and luxuries to celebrate Hari Raya Aidil Fitri.

These stalls attract Muslims and non-Muslims alike to their special once-a-year delicacies and favorite foods.

From afar you can sometimes see the smoke and smell the aroma of the ikan bakar (grilled fish) and the ayam golek panggang (roast chicken)

The dishes, cakes, cookies, kuih and snacks are those not easily found in one place during normal days. Hence the popularity of the Ramadan Bazaars.




Besides dates ("kurma" or "tamar" in Malay) from the middle-eastern countries, you can find your favorite food, whether it is the traditional Malay dishes, like nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, nasi beriyani or traditional cakes or kuih, like kasui, popia, kuih pelita, lepat pisang and popular drinks, like cendol, coconut, sugar-cane and cincau.

You can also find Kelantanese dishes of ayam and ikan percik, and evergreen Malay dishes like gulai masak pedas, rendang tok, opor daging, ikan kari, ikan patin masak tempoyak and other favorite dishes.

There will also be the always-popular light food and snacks like roti canai, murtabak (chicken and beef), noodles dishes like mee kari, mee bandung, mee goring, laksa of Penang and Johor, and laksam of Terenganu and Pahang.

Well, especially after a full day of fasting, everything looks delicious, and in fact they are!




When nearing the end of Ramadan, you will increasingly find food and other essentials for Aidil Fitri being sold, like the ketupat, lemang, rendang, and ketupat pulut.

There will also be stalls selling traditional Malay costumes of Baju Kurung and Baju Melayu (especially for children), shoes and sandals, and accessories like songkok, kopiah, buttons and brooches for the traditional Malay costumes.

GET YOUR BAZAAR RAMADAN EBOOK FOR SPECIAL OFFER ONLY AT RM59.99

BANGSA CINA BERJAYA..KENAPA MELAYU X BOLEH


Apabila kita kaitkan alam perniagaan biasanya di Malaysia ia sinonim dengan kebolehan masyarakat Cina terutama di Malaysia di dalam perniagaan. Pengalaman saya sendiri berurusan dengan peniaga atau usahawan Cina, bekerja dengan pasukan jualan berbangsa Cina, serta rakan dari kalangan masyarakat Cina membolehkan saya mendapatkan sedikit sebanyak resepi kejayaan mereka.Kaedah dan disiplin perniagaan ini sewajarnya diaplikasi atau dijadikan contoh bagi usahawan Bumiputra bagi sama-sama menikmati kejayaan di dalam bidang keusahawanan.

Antara kaedah atau disiplin perniagaan peniaga Cina adalah seperti berikut:

1) Didikan awal. Ada sesetengah orang beranggapan bahawa masyarakat Cina sememangnya dikurniakan dengan sifat dan kemahiran perniagaan secara turun-temurun. Namun demikian ini bukan disebabkan faktor genetik tetapi melalui pendidikan awal mereka dalam membentuk disiplin perniagaan yang tinggi. Sebagai contoh, sekiranya keluarga memiliki perniagaan kedai runcit, anak-anak akan diajar bagaimana menjaga kaunter, melayan pelanggan dan membuat kira-kira kewangan jualan harian di kedai tersebut. Sebagai contoh ada peniaga Cina yang saya kenali akan memastikan mereka membayar semula setiap barang yang diambil untuk kegunaan sendiri di kedai runcit mereka, walaupun gula-gula atau coklat untuk anak-anak mereka. Walaupun ia nampak cerewet, tetapi ia sebenarnya merupakan disiplin asas perniagaan.

2) Memiliki jaringan perniagaan yang kuat. Masyarakat Cina di Malaysia mempunyai persatuan peniaga Cina yang membantu setiap usahawan Cina memulakan perniagaan. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem seakan sistem kutu tetapi agak berbeza sedikit kerana biasanya ia dibuat di dalam jumlah yang besar dan kadang-kadang ada sedikit caj faedah digunakan. Selain itu juga mereka sanggup berkongsi pembelian bahan mentah atau barangan dalam kuantiti yang besar dan diagihkan bersama bagi mendapatkan produk atau bahan dengan harga yang tersangat murah. Mereka tidak berebut-rebut mengaut keuntungan singkat tetapi akan berkongsi kelebihan ini untuk menguasai pasaran sesuatu perniagaan terlebih dahulu.

3) Memiliki keupayaan menggunakan otak kiri dan kanan yang optimum. Contohnya, dalam membuat kira-kira iaitu kemahiran otak kiri, masyarakat Cina begitu mahir menggunakannya. Jika kita lihat masyarakat Cina juga memiliki kemahiran melukis dan ini dapat dilihat melalui cara penulisan kaligraf Cina. Kemahiran ini membantu penggunaan otak kanan untuk membayangkan wawasan dan melihat sesuatu secara jangka panjang. Contohnya, Lim Goh Tong, membina empayarnya di atas puncak bukit yang sudah pasti memerlukan keupayaan visual membentuk matlamat dan wawasan dan mencapainya walau dalam jangkamasa yang lama.

4) Dengan memberi kita akan menerima lebih. Konsep ini sebenarnya merupakan nilai murni yang menyebabkan sesuatu perniagaan itu lebih diberkati dan ia selari dengan tuntutan Islam itu sendiri. Konsep ini jika dikaitkan dengan kaedah sekarang ia dinamakan CSR (Corporate Social Responsibility). Sebagai contoh ada syarikat sabun berubat bersama-sama kerajaan mengadakan kempen kebersihan dengan menggunakan dana khas yang diperuntukkan untuk kempen tersebut. Syarikat secara tidak langsung membina hubungan rapat dengan masyarakat pengguna di Malaysia walaupun jika dinilai dengan kos yang perlu dikeluarkan tidak mendapat pulangan dalam masa yang singkat.

5) Fokus dan membina asas niaga yang kukuh. Perkara ini walaupun nampak biasa tetapi merupakan antara perkara yang saya lihat jarang dimiliki oleh usahawan bumiputera (masyarakat peniaga Melayu Kelantan memiliki keupayaan ini tetapi akan disentuh di dalam artikel saya yang akan datang). Usahawan Cina Malaysia biasanya akan menceburi bidang perniagaan dengan memfokuskan pada satu-satu perniagaan sahaja. Ini kerana mereka ingin memastikan mereka benar-benar mahir dalam pengurusan kewangan dan selok belok perniagaan tersebut sebelum mengembangkan kepada perniagaan yang lain. Dengan mempunyai satu perniagaan yang dapat menjana kewangan dan seterusnya melabur dalam saham dan pelaburan jangka panjang bagi memperolehi kewangan atau sebagai dana untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan mahir pada sesuatu perniagaan mereka secara tidak langsung dapat membina jaringan niaga yang kukuh, penguasaan pasaran, dan lain-lain lagi.

6) Berani memasarkan produk. Dalam konteks ini saya menggunakan ‘berani memasarkan’ kerana saya mempunyai pengalaman bersama pasukan pemasaran Cina dan jurujual Cina yang tidak segan menjual walaupun, bahasa Melayu mereka tidak betul dan sukar difahami. Bahkan ada di antara Jurujual Cina yang lebih suka menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris untuk menjual kepada pelanggan Cina juga kerana perbezaan dialek yang kadang-kadang mereka sendiri tidak faham. Mereka akan terus mencuba sehingga bakal pelanggan menjadi pelanggan atau dimaki hamun pelanggan.

7) Jujur pada tempatnya. Dalam konteks ini ada di antara usahawan Melayu yang tidak memahami apakah konsep jujur usahawan Cina. Melalui perbualan saya dengan peniaga Cina, mereka amat menekankan kejujuran terutama dari segi perkhidmatan, dan gambaran umum sesuatu produk. Melalui pengalaman seorang rakan saya beliau pernah membuat ‘survey’ barangan komputer (PC) pada awal tahun 2000, iaitu ketika PC masih lagi pada harga yang agak mahal. Penjual Melayu memberitahunya perisian dalam PC tersebut hanya ada di dalam PC yang dijual di kedainya tetapi bila beliau bertanya pada penjual Cina di kedai lain, penjual tersebut secara jujur memberitahu perisian itu boleh dimuat turun dari Internet. Kisah ini merupakan contoh bagaimana penjual Cina bersikap jujur pada sesuatu yang terang-terang akan diketahui oleh pembeli. Sekarang ini pastinya lebih penting untuk peniaga lebih jujur memandangkan pada era 2011 ini, maklumat lebih mudah diperolehi terutama di forum perbincangan di Internet. Elakkan anda menipu pengguna, kerana ia akan menjerat anda sendiri dan pengguna akan hilang kepercayaan walau sehebat mana produk anda selepas itu.

Berkongsi informasi. Sebenarnya ramai usahawan Melayu yang berjaya saya kenali mempunyai rakan perniagaan Cina atau mentor peniaga Cina. Ini kerana, masyarakat peniaga Cina tidak kedekut ilmu, bahkan berdasarkan pengalaman perniagaan saya, saya pernah mengeluarkan modal untuk membeli gerai tahan karat untuk memulakan perniagaan di pasaraya. Namun begitu peniaga barangan gerai tahan karat tersebut menasihati saya berdasarkan pengalaman niaga beliau dan pelanggan lain untuk mulakan dengan gerai yang lebih kecil dan murah. Jika keuntungan singkat dilihatnya pasti peniaga ini menggalakkan pembeli membeli gerai dan barang yang lebih mahal. Tetapi kepercayaan dan kesetiaan pelanggan lebih diutamakan dengan berkongsi informasi berguna.

Berdasarkan perkongsian informasi di atas, saya begitu berharap usahawan Melayu terutamanya mengambil dan mengaplikasi rahsia perniagaan peniaga Cina ini. Tidak salah jika bekerjasama dalam perniagaan walaupun di dalam bidang yang sama, yang penting kita harus saling mempromosi dan sanggup berkongsi kek pasaran yang sememangnya anda rezeki anda di dalamnya seandainya anda berniaga dengan cara dan disiplin yang betul.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DI SINI DENGAN TAWARAN ISTIMEWA

Jun 4, 2011

Malu Malu Malu Malu


Salam sejahtera buat anda, bagaimana dengan perniagaan pasar Malam sekarang ni..saya doakan ianya berjalan lancar dan mampu meraih pendapatan yang hebat.

Berkisar atau bercerita tentang perasaan malu ni memanglah sudah fitrah manusia..setiap dari kita yang bergelar manusia yang normal ada perasaan malu. Tetapi haruslah kena pada tempatnya.

Maksud saya, perasaan malu hendaklah ada sebaris dengan situasi semasa atau diletakan pada kedudukan tempat yang betul, sebagai contoh kalau nak mencuri kita kena ada perasaan malu atau pun kalau nak buat sesuatu perkara yang kurang enak..jadinya disini lah tempat yang wajar adanya perasaan malu tersebut.

Tetapi kalau nak berniaga di Pasar Malam ada perasaan malu memanglah tak kena tempatnya...kenapa harus anda malu untuk melaksanakan tanggungjawab anda untuk mencari nafkah yang halal, kenapa anda perlu adanya perasaan malu jual mee di pasar malam...saya rasa pendapatan harian orang yang jual mee di pasar malam lebih hebat dari yang makan gaji bulanan...kemungkinan anda malu di sebabkan terpaksa menjual muka...kawan-kawan anda berpakaian kemas ...cuma satu saya nak anda lihat..tidak semestinya yang bertali leher dan berpakaian kemas..isi dalam poket nye jugak kemas hehehhe..maafkan saya bukannya niat nak menjatuhkan sesiapa tetapi hanya sekadar memberi panduan.

Bagaimana anda nak hilangkan perasaan malu yang menebal dalam diri anda dan bagaimana nak hilangkan terus perasaan malu tersebut, mungkin dah berbagai cara anda gunakan nak hilangkan perasaan ini yang semakin hari semakin menebal ...apatah lagi jika barangan jualan anda tidak mendatangkan hasil yang lumayan..

Anda jangan bimbang atau gusar dengan masalah ini, anggaplah ianya selesai kerana saya akan mengajar anda satu kaedah yang terbaik dalam mengatasi perasaan malu ini dengan syarat anda ingin berubah dan mahu berusaha...segala-galanya anda boleh perolehi di sini >>>DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE ANDA DISINI