Mar 20, 2010

Pengurusan Kewangan


Salam dan selamat sejahtera buat semua.... Harap anda semua sihat walafiat dan semoga rezeki anda melimpah ruah...

Mungkin ada sesetengah daripada anda berfikiran yang perniagaan pasar malam tidak mendatangkan keuntungan!!!

Juga saya pernah dengar sendiri bekas peniaga pasar malam meluahkan perasaan ini.Namun saya menyangkalkan perkara ini ...semuanya adalah di atas kesilapan atau kesalahan peniaga itu sendiri. Kenapa saya kata begitu???

Semuanya bergantung ke atas pengurusan kewangan (Money Management) yang tidak betul atau mungkin juga kurangnya pengetahuan cara pengurusan wang perniagaan dengan betul. Tidak semestinya perniagaan yang besar sahaja perlu ada sistem ini, perniagaan Pasar Malam juga perlukan sistem pengurusan kewangan yang betul...

Sistem Pengurusan kewangan ini juga bergantung kepada jenis perniagaan anda, andaikata anda berniaga makanan ianya tidak rumit sangat tetapi jika anda berniaga pakaian atau barangan kering ia agak rumit seperti pengurusan runcit.

Anda juga perlu ada gaji harian anda sendiri kerana segala wang masuk bukan 100% duit anda tetapi adalah keuntungan perniagaan pada hari itu. Ramai peniaga yang salah faham dengan mengatakan semua wang masuk adalah kepunyaan beliau sendiri, jika tidak masakan individu yang mengendalikan stesen pam minyak pun boleh gulung tikar...dan kemudian di ambil alih orang lain pulak...

Oleh itu anda sewajibnya menguruskan sistem ini dengan bijak...segalanya anda boleh perolehi dalam EBOOK THE SELENT PASAR MALAM BILLIONAIRE

DAPATKAN EBOOK YANG PENUH MAKLUMAT DENGAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DISINI

Mar 12, 2010

KUTU ATAU KUT


Saya nak ceritakan kebaikan dan keburukkan sistem simpanan duit beramai-ramai yang selalu di amalkan oleh masyarakat kita..dan kami peniaga Pasar Malam jugak tidak terlepas dari mengamalkan permainan ini...

Ada baik dan buruknya sistem ini di amalkan...kebaikan kita dapat simpan wang dengan cara terpaksa, ertinya suka ke tidak sampai masa kena bayar .....keburukannya bila orang yang dapat duit lari...adusss sedihnya..

Sebenarnya saya nak ceritakan tentang permainan kut yang kami amalkan di Pasar Malam..kejadian berlaku pada Pasar Malam hari ahad..lokasi tak perlulah saya sebutkan..rahsiaaaaaa.

Setiap ahad kenan bayar RM100...dan setiap ahad jugaklah akan di buka ...pada awalnya dulu bila saya di buka pembayaran setiap orang akan perolehi sebanyak RM7400 memang cukup lumayan dan hebat...tapi lama kelamaan makin berkurangan tinggal RM7200 sahaja dan kini berita terbaru pulak hanya tingga RM6900 sahaja.. semuanya berpunca dari sesetengah peniaga yang dah berpindah dan janji nak bayar cara online....dah tu depa ni dah dapat semua duit tu....letih btul...

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM YANG TERHEBAT DI ALAF INI