Jan 7, 2010

Pengurusan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Hari ini merupakan satu detik yang amat bersejarah buat diri saya yang telah pun berniaga selama 15 tahun, bukannya hari sejarah yang menggembirakan tetapi yang mendukacitakan.

Mana tidaknya 2 pekerja yang baru saya ambik bekerja boleh kencing ( tak datang kerja ). Hari ini macam biasalah saya bergerak ke lokasi Pasar Malam jam 5.30 petang , dalam perjalanan hujan turun agak lebat . Tanpa perasaan syak atau wasangka saya terus bergerak dengan hati yang tenang memandangkan hari ini Rabu, lokasi perniagaan saya di Alma dan tempat ini merupakan tempat ke dua jualan tertinggi saya dalam satu minggu.

Sampai sahaja ke lokasi saya sedikit terkejut kerana segala layout meja jualan belum siap, biasanya bila saya sampai semuanya sudah teratur dengan rapi sekali, mulanya saya menjangkakan mungkin sebab hujan bebudak ni lambat siap sikit.

Tetapi jangkaan saya meleset sama sekali kerana 2 orang pekerja saya tidak datang , adusssssssss punya la hangat hati saya, belum pernah sejarah selama ini saya berniaga pekerja tidak datang tanpa memaklumkan pada saya. Tapi apa boleh buat terpaksalah saya ambil jalan alternif telefon partimer punya budak....

Nasib baik lah diaorang boleh datang, mungkin juga dengan kuasa Allah yang ingin membantu saya di turunkannya hujan.... hujan ini juga menjadi penyelamat pada saya disebabkan kurang pelanggan dan perniagaan saya tidak kelam kabut dan saya bersyukur, walaupun lembab namun masih mencatatkan keuntungan walaupun tidak banyak yang pentingnya untunggggg he he he.

Tindakkan saya selanjutnya terus memecat bebudak 2 orang tu tanpa sebarang notis dan saya mengarahkan mereka memulangkan uniform esok juga. Saya tidak pasti kenapa mereka gagal datang bekerja, malas nak tanya atau soal selidik!!!!!

DAPATKAN EBOOK PENDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN PALING TOP DISINI

2 comments :

  1. susah gak nak kontrol bebudak nih..
    aku sendiri pun 1 man show je
    tergerak nak ambil pembantu... kena belajar dari sifu nih..

    ReplyDelete
  2. Susah tu memang susah, namun kita perlu jugak atasinya ...kena pandai susun strategi...

    ReplyDelete