Aug 30, 2009

Rintangan Dan Dugaan Kuasa Allah


Masuk hari ke lapan berpuasa hujan masih lagi turun dan tidak menentu...adakalanya hujan turun waktu pagi sampai lah ke petang dan ada masa hujan turun dari petang sampai lah ke pagi esok...

Mungkin perjalanan bagi peniaga bazaar ramadan tahun ini agak sukar dan terpaksa menempuh liku liku menampal poket nak keluar modal ...namun anggaplah semua ini satu dugaan dari Allah dan saya pasti dengan berkat kesabaran oleh tuan tuan semua pastinya akan datang kejayaan ..insayallah!!!

Cuaca begini tidak pasti sampai bila akan berlarutan dan saya tengok dekat Bazaar Ramadan tempat saya berniaga dah ada peniaga yang bercuti namun saya tidak pasti mereka ni cuti sehari dua atau cuti terus he he he...dugaan ini mungkin cukup hebat di rasakan oleh peniaga peniaga baru yang belum pernah berniaga di bazaar ramadan atau lebih tepat bagi peniaga bermusim....

Namun bagi peniaga peniaga pasar malam , kami dah cukup masak dengan suasana begini kerana kami dah biasa dengan suasana hujan lebat sewaktu berniaga di Pasar Malam dan kerugian adalah perkara biasa bagi kami....mungkin dalam satu bulan kami akan alami 5 ke 6 kali rugi...itulah di namakan perniagaan...penuh ranjau dan duri...namun kami tetap gembira...

Perniagaan saya sedikit merosot walaupun saya masih lagi mencatatkan keuntungan namun keuntungan yang saya catatkan kurang memberansangkan...tapi saya tetap beryukur atas kurniaan Allah kerana saya still masih untung dan bertuah...

Mungkin tahun ini target saya untuk capai keuntungan dalam kitaran belasan ribu tak sampai namun saya masih akan tetap berusaha kerana Ramadan masih ada lagi 22 hari justeru itu saya tidak akan berputus asa dan saya mendoakan cuaca akan berubah...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM DAN EBOOK BAZAAR RAMADAN ANDA SIAP RESIPI HEBAT DISINI

No comments :

Post a Comment