Dec 4, 2008

Kejayaan Pasar Malam 2 Tingkat Alma (Rabu)



Salam dan selamat sejahtera pada kalian yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini perniagaan Pasar Malam. Seronok dan teruja saya nak khabarkan pada anda yang pembukaan hari pertama Pasar Malam Alma sesungguhnya telah berjaya dan tip top.
Kenapa? saya katakan 2 tingkat...he he he ini adalah kerana Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam lah merupakan satu-satunya Pasar Malam dalam Malaysia yang mempunyai 2 tingkat cam Pasar Raya Jaya Jusco atau Carrefour.. he he he...

Macam-macam persepsi peniaga yang kurang setuju dengan pembukaan pasar malam di atas Lot Parking 2 tingkat ni...dan pada mulanya ada sedikit pertikaian namun segalanya saya anggap selesai setelah malam tadi perniagaan berjalan lancar dengan kunjungan dari orang-ramai yang sangat-sangat luar biasa dan diluar jangkaan kami ..coz meletup biz semalam...bukan bihun sup sahaja malah rakan-rakan yang lain juga...sejarah bagi perniagaan bihun sup saya malam tadi apabila baru jer jam 9 malam segalanya habis dijual dan sejarah jugak bila jam 10 malam dah ada kat depan rumah...he he he ni lah yang di panggil rezeki dan dengan berkat keyakinan dan percaya serta ingin mencuba dan tak mudah putus asa..semua peniaga dapat tersenyum lebar semalam...

Memang tak dinafikan ada yang kurang senang dengan Lot tapak yang mereka duduki dan ramai yang pertikaikan kenapa peniaga baru boleh berada di Petak hadapan...namun ini tak perlu di pertikaikan kerana pada awal awal lagi penganjur sudah memaklumkan setiap peniaga harus datang pada hari selasa bagi menentukan tapak masing-masing namun ada yang engkar dan degil...apa salahnya datang sekejap...tak rugi kalau dapat luangkan masa dalam 1 ke 2 jam daripada rugi 2 tahun ...inilah yang saya katakan cakap tak serupa bikin , bila orang dah kasi tapak baru nak kecoh....

Satu lagi Pak Long jual kueh yang saya cakap nak boikot tu pada mulanya dan terikut -terikut cara orang yang berfikiran pendek...apa dah jadi, he he malam tadi tersenyum simpul lalu depan saya ..saya pun apa lagi ..."SMESH" ler skit...merah padam muka, nasib baik dia datang berniaga dan ambik petak meniaga kalau tak! siapa yang rugi....AREE BIHUN SUP GAK YANG UNTUNG...

Lokasi makanan yang telah di susun atur oleh Pak Ya n the gang memang cukup berkesan di Lot tingkat atas kerana cukup sesuai dengan suasana open air cam kat Hotel he he, saya cadangkan jika anda bercuti ke Pulau Pinang, luangkan lah sedikit masa untuk datang ke Pasar Malam 2 Tingkat Alma dan singgahlah ke gerai Aree Bihun Sup Gear Box...dan nikmatilah ketulenan bihun sup Pulau Pinang....promote lah pulak!!!.

Lokasi bahagian bawah di letakkan ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam ,pakaian dan pelbagai lagi produk yang saya gerenti anda tidak akan jumpai di mana-mana lokasi dalam Malaysia ni dan kami sedang cari nama nak letakkan pada Pasar Malam 2 Tingkat ni...he he he..

Saya telah di maklumkan oleh Pak Ya yang pihak MPSP telah meluluskan surat kebenaran permohonan untuk di majukan kepada TNB bagi pemasangan lampu..dan ini satu lagi bukti komitmen penuh oleh pihak majlis dan sokongan mereka terhadap masalah peniaga pasar malam di Seberang Perai dan juga tak di nafikan atas daya usaha penganjur yang sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih teratur dan tenang.....

Sebelum saya tamatkan cerita buat kali ini SAYA SEBAGAI WAKIL PENIAGA PASAR MALAM 2 TINGKAT ALMA (RABU) INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PAK YA N THE GANG SERTA PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DI ATAS KERJASAMA DAN KELULUSAN YANG DIBERIKAN SUPAYA PENIAGA-PENIAGA DAPAT MENERUSKAN AKTIVIT PERNIAGAAN PASAR MALAM INI..SEMOGA JASA BAIK TUAN-TUAN AKAN DI BALAS KEBAIKAN OLEH ALLAH SWT...AMIN

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE ANDA PERCUMA DISINI SEKARANG

No comments :

Post a Comment