Salam.....semakin hari berniaga semakin terasa kepenatan dan kelesuan yang ketara tetapi seronok...tentu sesuatu yang pelik bagi anda kan? penat tapi seronok he he he... bukannya apa penat semasa sedang berniaga tapi seronok bila habis berniaga dan kira untung he he he..itulah kelebihannya bila berniaga di bazaar ramadan.
Masa berniaga hanya dalam 3 ke 4 jam sahaja dan paling sibuk sekitar jam 6 petang ke atas namun segalanya dapat ditangani dengan penuh profesional atas dasar pengalaman yang luas dan pengalaman lama berniaga. Pelbagai ragam dan kerenah pelanggan yang saya temui...macam hari ni ada sorang mamat tu dah naik bengang sebab dah lama menunggu sehingga dia tawarkan diri nak bubuh sup sendiri..saya tersenyum sendiri dalam hati..hai macam-macam...
Hari ni anak saya yang berumur 13 tahun juga turun membantu dan gelagat beliau saya perhatikan dari mula sehinggalah ke jam 6 petang...kalau kat Pasar Malam tak jadi masaalah pada dia sebab dah biasa dan dah mahir tapi di bazaar ramadan ni dah ler berpuasa , kedatangan pelanggan pula tak putus putus sampai anak saya merungut dan sakit kepala katanya...saya tengok muka dia dah naik pucat dan dah nampak macam nak pengsan pulak ....kesian jugak..saya pun suruh dia balik jer lepas tu buka puasa kat rumah..esok sure mesti tak nak pergi dah he he he..budak-budak macam tu la...
Dalam jam 6 petang angin tiba-tiba kencang dan cuaca dari terang bertukar mendung ..hati saya sedikit resah ditambah pulak pelanggan dah ramai berbaris nak dapatkan bihun sup masing-masing...risau jugak takut diaorang ni kelam kabut bila tengok cuaca berubah. Tapi alhamdulillah sehinggalah habis berniaga sedikit pun hujan tak turun sehinggalah hampir jam 7.45 baru hujan turun dengan gerimis sahaja tapi itu pun sekejap jer. Perniagaan hari ni sedikit merosot dan mungkin juga sebab hari ini adalah hari sabtu maka ramai dikalangan mereka yang berkeluarga memasak sendiri dirumah...walau apa pun pendapatan hari ni masih lagi tip-top dan menepati target yang telah saya tetapkan.
Kita jumpa lagi esok...salam..
DAPATKAN RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX ANDA SEGERA KERANA TAWARAN TERHAD
No comments :
Post a Comment