Salam....fuh la ni semakin terasa keletihan bila dah mula masuk puasa yang ke lapan.
Tapi tak mengapa bila mengenangkan ini lah punca rezeki saya.....kena jugak ler berniaga. Yang pentingnya pulun selagi boleh pulun...nak cari duit he he he....
Hari ni cuaca agak mendung dengan hujan di beberapa kawasan di Pulau Pinang ni....tapi alhamdulillah kat bazaar ramadan ni tak hujan cuma rintik-rintik sikit dalam jam 6.30 petang tapi customer masih stick kat gerai saya untuk dapatkan menu masing-masing....hari ni kueh talam dah dapat cam biasa coz makcik tu dah bagi green light yang kawasan rumah dia dah surut banjir kilat semalam... cuma kueh tako jer masih belum dapat memandangkan abang yang supply stok tu dalam proses mengemas rumah dia kat Alma, Bukit Mertajam.
Suasana bazaar ramadan masih meriah macam biasa coz rata-rata peniaga saya lihat masih boleh bertahan dan tak ada lagi yang mengalah atau tarik diri dan saya suka semangat macam ni....jangan mudah menyerah ...ramadan masih panjang , teruskan usaha untuk menjana pendapatan ...insyaallah pintu rezeki sentiasa terbuka ...
Penat jugak rasanya dok ngarang cerita ni setiap malam tapi saya gembira kerana dapat berkongsi pengalaman dengan anda...mudah-mudahan anda juga akan bergelar usahawan Pasar Malam dan Bazaar Ramadan nanti....ketahuilah yang 9/10 dari punca rezeki datangnya dari perniagaan.
Jumpa lagi esok.....salam
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN TIP DAN PANDUAN ANDA PERCUMA DISINI
No comments :
Post a Comment