Jun 9, 2008

Murah Rezeki


Salam...hari ini 8/6/08 (Ahad)

Hari ni kawasan Pasar Malam aku adalah di Mengkuang Titi, Penanti yang mana kawasan ni terkenal dengan kawasan tadahan hujan yang sentiasa saja akan turun..tambahan pula musim hujan ni...

Minggu lepas hujan turun disini tapi tak lah lebat sangat namun jualan amat berkurangan sekali....hari ini anakbuah aku si Anas tu minta cuti satu hari cause ada kerja katanya...ok lah aku luluskan !

Aku lepas sebab aku nampak cuaca pun tak elok cantik sangat so tak ader masalah...hari ni entah pasai apa aku tergerak nak turun meniaga awal nak bantu anak buah yang tak cukup orang tu...memang instinct aku ni Allah bagi dapat merasai sesuatu dan setibanya aku kat sana .. masyaallah..tak menang tangan anak buah aku...mangkuk dan gelas bersepah tak sempat dibasuh cause customer hari ni luarbiasa sekali ..dan aku apa lagi, terus jer lompat membantu sampailah habis semua bihun dan sup dalam pukul 9.30 malam...

Aku pun kira untunglah cam biasa ....syukur Alhamdullilah memang meledak sungguh hari ni ...untung lumayan dengan bersih RM550....pasal selalu kat sini aku boleh dapat bersih hanya RM400 ke RM450 jer....maka aku bermurah hati hari ni semua pekerja aku bayar extra sallary....he he h RM40 seorang hari...apa lagi ...senyum lebar ler diaorang he he he...bila aku nak balik, diaorang pun bodek la.." bos, selamat jalan.... jalan elok-elok....bye bye bos" ....nak tergelak pun ada he he he...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM PERTAMA DI MALAYSIA DISINI

7 comments :

  1. ni indah kabar dr rupe ke bro?

    ReplyDelete
  2. ini indah khabar dari rupe ke bro?

    ReplyDelete
  3. Salam...bro hitme....bukan indah khabar dari rupa.....semuanya benar bro .....

    ReplyDelete
  4. bro nak tanya berapakah gaji pekerja seperti penyelia, pembantu, pemandu dan yang lain2 (standard punya la yang tak masuk extra). Bukan apa sebagai panduan.Saya dah beli ebook bro. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam..cucu tok Darus... ok untuk pemandu gaji mesti kita kasi lebih skit sebab dia merupakan orang penting..kerana dia yang akan membawa barang ke pasar malam...tapi saya nasihatkan bro, mesti ada spare pemandu untuk kecemasan kalau pemandu no 1.. minta cuit.

    Untuk meletakkan bayaran saya kena pastikan bro buat perniagaan apa.. kerana gaji yang kita bayar tak boleh sama dengan lain-lain perniagaan bergantung pada jenis perniagaan kita...macam saya dah huraikan dalam ebook tu..

    Mohon bro cuba maklumkan kepada saya jenid perniagaan yang bro jalankan sekarang dan produk ,,lepas tu saya akan buat huraian tentang gaji..kalau tanpa maklumat prodk bro..takut nanti terkurang atau terlebih bayar nanti..kes naya tu he he ..terima kasih atas pembelian ebook tu.. saya menunggu kejayaan anda..

    ReplyDelete
  6. Bro Zul..saya la ni buat bisnes jual ikan kat pasar malam. Mempunyai 2 pekerja (1 driver & 1 tekong ikan). Kedua- dua pekerja terlibat dari ambil ikan di pasar borong hinggalah jual ke pasar malam. Nampaknya mcm banyak masaalah..seperti stok tak elok, pekerja, cuaca & mcm2 lagi. Modal dalam RM500-RM700 sehari. Untung kasar dalam 40%. Kadang jualan hari ke 2 baru masuk untung. Setiap hari kedua kami bertiga kena pergi pasar borong (4.00am)untuk ambil stok. Terpaksa pergi bertiga kerana seorang sebagai driver lori, seorang tekong ikan, seorang lagi tu towkey ler bawa duit. Adakah saya patut beri gaji berbeza pada hari tersebut?

    Harap bro dapat huraikan. (Rasa macam dok ingat nak tukar kpd bisnes makanan lah pulak...boleh kut nak menuntut kat bro)

    ReplyDelete
  7. Salam,..bro cucu tok Darus...ooo macam tu...ok untuk maklumat bro..dari segi pembayaran untuk peniaga ikan dan pekerja-pekerja amat berbeza dengan gaji peniaga makanan kerana kerja mereka lebih berat sikit dari kami menjual makanan....saya punya ramai kawan-kawan yang jual ikan kat Pasar Malam...

    Keuntungan peniaga ikan memang betul...dalam sehari andamasih belum untung kerana menjual ikan kebiasaannya stok akan habis dijual dalam masa 2 ke 3 hari...kalau sehari jualan ikan anda dalam RM 500 ke RM 600 memang anda masih tak dapat apa-apa lagi...jadi bersabar..

    Berkenaan gaji...rata-rata sahabat saya membayar gaji untuk pekerja mereka antara RM40 sehari hanya menjual ikan dan tidak termasuk mengambil stok di Kuala-Kuala atau Pasar Borong...

    Jika mereka terpaksa bekerja dari Pagi untuk anda mengarahkan mereka mengambil stok maka gaji yang perlu anda bayar boleh mencecah sehingga RM70 sehari...ini yang dipraktikkan oleh sahabat-sahabat saya di Pulau Pinang...memang cukup tinggi....tetapi setimpal dengan kerja mereka....

    Sekiranya pada hari biasa bro perlu bayar setakat RM40 sahaja dan jangan bayar lebih...kecuali keluar awal pagi....

    Bro...boleh lebihkan kepada pemandu dalam RM10 ...dan bayar sebanyak RM50 sehari.....

    Tak perlulah bro tukar perniagaan lain ...dan memanglah margin perniagaan makanan keuntungan 60% cause produk makan memang diketagori sebagai International produk....

    Dah berapa lama bro jual ikan??? nak belajar bihun sup...tak der masalah...saya sedang menyiapkan ebook Rahsia Ledakkan Resipi Bihun Sup Gear Box.... dan untuk anda yang membeli ebook The Silent Pasar Malam Billionaire..saya akan bagi percuma jer...

    Semoga panduan tersebut dalam merungkaikan sedikit sebanyak persoalan bro.... Jangan segan kalau ada sebarang pertanyaan...sila kemukakan.. terima kasih

    ReplyDelete