Apr 19, 2008

4 Panduan Pemilihan Niche Untuk Newbie

Niche
a specialized but profitable corner of the market

Dan saya rasa mesej ni bercakap mengenai niche market secara general. Tak kiralah jika kita buat fizikal produk ke, ebay ke, info product ke, adsense or affiliate, etc...

Pertamanya, saya direct to the point mesej kita pastu baru saya elaborate.

Newbie, atau orang yang baru menyertai perniagaan Internet, peluang besar anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari Internet adalah dari Niche Market. Bukan market yang tough dan saturated seperti "Internet Marketing" or apa-apa yang berkaitan "Make Money Online"

Elaboration:

Tak kiralah, anda nak buat produk sendiri or buat blog dan cuba "tackle" affiliate & adsense. Baca betul2, lebih mudah, bukan tak boleh terus.

Pertamanya, persaingan dalam bidang "Make Money Online" ni lebih kompetitif dan tanpa pengalaman dan pengetahuan yang betul, newbie bukan sahaja berisiko besar ditenggelamkan bahkan boleh cepat kecewa.

Keduanya, niche market walaupun kecil adalah pasaran yang lumayan. Or boleh tak kata gini, lebih lumayan Benar, anda cari lah niche anda sendiri dan dominate. Anda akan tahu dan fahami maksud saya.

Reference: Buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet ataupun Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet

(note: tak berniat pun untuk promosi, tapi buat apa cerita benda yang sama banyak2 kali kan? Lebih baik cerita sekali dan get point across kepada semua orang. Sori kepada sesape yang tak berkenan dengan cara ni)

Ketiganya, saya akan ambil satu langkah kebelakang dan bercerita mengenai pengalaman SaifulSham sendiri. Dalam perniagaan Internet kitorang, it's more like Hit & Run. Kalo miss, buat dan usahakan jugak sampai menjadi. So far, kitorang bergantung so much kepada Search Engine Traffic. SE down, drop sales. SE up, sales ok.

Malah, cara kitorang berfikir pun diselarikan dengan SE. Buat blog untuk SE, buat linking utk SE, masuk directory utk SE etc. (Ada banyak juga visitor dari directori tp waktu kitorang mula2 listkan kat situ target dia adalah untuk dapatkan link dan tinggikan ranking SE, bukan nak visitor)

Jadi, bila dalam market2 tough, nak bersaing mendapatkan traffic dari SE tu satu tugas yang amatlah sukar. Jadi better start dari langkah yang betul dan mudah dari awal. Ini saya rasa paling penting jika anda bercadang nak buat blog dan target adsense dan affiliate. How far can you go without SE? (ada cara seperti google arbitrage, etc, tapi saya nak fokus kepada newbie dan sesuatu yang mudah dan murah utk kita sertai dan mulakan)

Saya tidak bercadang untuk melemahkan semangat, tapi this is fact. Ramai orang surrender dengan perniagaan Internet sebab salah masuk niche. Ada yang surrender boleh lah diselamatkan kalo berada dalam market yg agak "lengang" (ehem3... ) , tapi kalo market tu memang dah kritikal saturated, belum tentu ada orang boleh datang tolong.

Jadi sebelum anda surrender dan lemas, lebih bijak jika anda play smart.

Kepada newbie yang tak berapa yakin, niche market ni lumayan.... Percayalah sayang oiii... Cane nak cakap? Boleh tak PM or hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami je. Memang betul...

Oh ya kelimanya, Niche market ni lumayan. Money maker jugak. Saya bagi satu analogi, jika orang berebut2 nak naik bas A, sebab bas A ni selesa, airkon kuat, tambang murah. (200 orang berebut nak naik satu bas) pergi Taman Melawati.

Kat belakang bas A ni, ada bas B pulak. Pergi Taman Melawati juga. Tapi tak ada orang pun nak berebut. Aircon dia walopn tak sesejuk Bas A, tapi sejuklah jugak. Walopun tak selesa, tapi selesa lah jugak. Tambang sama.

Perkara yang perlu kita fikirkan, adakah apabila anda terpaksa berdiri, dalam bas yang macam tin sardin isinya sepanjag perjalanan, adakah kesejukan airkon dan keselesaan tadi ada maknanya?

Or better, pada pendapat anda, join saya dalam bas B yang tak berapa penuh dan sedang2 saje tadi?

Keenam, saya ada satu point lagi, tapi saya rasa tidak wajar dipublickan. nantilah, kalau kita jumpa, tanyalah saya.

Ok, saya ada lagi banyak sebenarnya nak tulis, tapi tiba2 macam kekeringan idea. nanti kalau perlu saya tambah, atau sapa2 otai lain yang nak tambah, silakan.

Summary: Masuk Niche Market

POINT PENTING: Bila anda masuk niche market, dapatkan sinergi antara business anda dan blog. Kalau boleh blog di domain sendiri (domain business anda) mengenai niche anda, bukan perniagaan Internet anda. Dah tulis di SaifulSham, tapi saya nak get the point across.

Dapatkan sinergi. Jangan buat kerja 2 kali. Penat.



imho....


We Care, We Give, We Share.


--------edited later 11:15pm 2/7---------------

ok,ok...saya cuba permudahkan lagi: Ini contextual definition. (definisi mengikut petikan di atas. Bukan definisi kamus)

SE : Search Engine-Goole, Yahoo Search, MSN Search (ada byk lgi, tp ni yang utama)

Niche: Pasaran yang lebih spesifik. Contohnya:

1) Bedak Muka Untuk Doktor (general, am)
2) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi (niche)
3) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi Perempuan (lagi la niche)
4) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi Perempuan Yang Berkulit Hitam (lagi, lagi la niche)

Maksud saya ambil niche yang kecil dan menguntungkan. Tengok contoh di atas kalau saya nak jual bedak muka, kalau saya jual bedak muka kepada semua jenis doktor, saya target secara umum. Susah saya nak bersaing dengan AVON, REVLON, SAFI mahupun MUSTIKA RATU.

Jadi saya ambil pasaran yang lebih kecil. Target Doktor Gigi.

Kalau nak pergi lebih spesifik lagi, boleh target Dr Gigi perempuan, tapi bila kita target begini, kemungkinan besar target market kita akan jadi semakin kecil. Jadi susah nak dapat volume (bilangan jualan)

Maksudnya: Spesifikkan market. Gunakan kreativiti.


Market tough/ Saturated: Market yang susah nak masuk. Banyak persaingan

Adsense: www.google.com/adsense

Blog: Website yang mudah di update.

Contoh: www.saifulsham.com (ini blog)
www.saudagar.com.my (ini bukan blog)

Search Engine Traffic :
Sinergi: Maksudnya kalau ada bisnes internet menjual permainan, buat blog mengenai permainan yang dijual juga. Jangan cerita mengenai World Cup. Sikit2 nak cerita pasal kecenderungan boleh sebab nak nampak "manusia" yang tulis, bukan copy & paste je. Tapi jangan la sampai buat analisis perlawanan. Rugi. :P

Affiliate: Ehem3.. |PESANAN PENAJA| kalo terlupa part ni, saya sarankan sangat2 buka buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet balik... Teruk sangat dah ni, kena masuk kelas Pemulihan!

Program Affiliate : Program untuk mempromosikan produk orang lain utk sedikit komisen

Menjadi Affiliate : Orang yang mempromosikan produk orang lain untuk sedikit komisen

Newbie: Orang yang baru nak start perniagaan Internet

Dominate: Menguasai sesuatu niche/pasaran

Get Point Across: Lebih ramai orang dapat baca dan faham dan komen
===========================

Ok, saya akan baca balik & add mana2 ayat yang berkaitan yg dirasakan sukar. atau kalau pembaca nak pinpointkan utk saya jelaskan perkataan mana, lagi senang.

(Saya ingat nak taip di sini sahaja update, tetapi post ada limit 10K char pula)

No comments :

Post a Comment