Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
Mar 11, 2008
Pengalaman Jual Bihun Sup
Salam!
Kepada kawan-kawan yang baru je masuk kat sini , baca le story ni dari bawah dulu kerana dah memang tradisi blog, cerita baru mesti dok kat atas.
Ok, aku mula-mula sekali berniaga bihunsup ni 13 tahun yang lalu dan tak sangka pulak aku nak jual bihun sup hehehhe.
Mulanya aku buka , modal pusingan tak lah banyak sangat cuma lebih kurang RM5 ribu termasuk beli van 2nd hand, asal boleh jalan dah le.
Hari permulaan punya le fikir kat mana nak cari lokasi yang strategik untuk mulakan perniagaan ini. Fikir punya fikir, abang aku sarankan kat pantai bersih, Butterworth.
Masa tu Pantai Bersih jangan cerita le, mak oiiii punya le ramai orang , siang dan malam macam pesta Pulau Pinang.
Yang berpasangan tu lagi le ramai dan yang kereta rosak malam-malam tu lagi le ramai, aku selalu gak tengok wayang free,heeeeee heeee!.
Hari pertama bermula, aku ingat adalah pada hari sabtu dari jam 9 pagi sampai jam 12malam. U all nak tau apa jadi, punya le tebal muka ni, setebal tembok besar China tu! tapi pasal abang aku pun ada sama, aku pun teruskan juga ketebalan muka ni.
Yang paling menyedihkan jualan pada hari tu, jeng jeng , ha ha ha cuma RM90 sahaja padahal modal aku masa tu ingat-ingat RM300 ada le?
Tapi abang aku kata " tak pa ,sabar,ni baru hari permulaan.
No comments :
Post a Comment