Mar 26, 2008

Buang Masa Baca Buku Jika..........?


TIP PILIHAN: BUANG MASA SAHAJA MEMBACA BUKU!
============================================

Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak
aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.

Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak
manfaatkan apa yang dibaca

Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya
akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!

Seperti buku "Business The Richard Branson Way", yang baru saya
habis baca beberapa hari lepas, saya sudah mula aplikasikannya dan
sudah melihat pulangan RM.

Jadi ingat... ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan
apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus
aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.

Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.

Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga
adalah banyak... memang tiada sebab anda untuk gagal!

"Ilmu yang dipelajari adalah untuk dimanfaatkan, bukan untuk
disimpan"

No comments :

Post a Comment