nuffnang1

.:)

Sep 29, 2012

Bajet 2013

Wow dah lama saya tak posting, ok Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Maafkan saya kerana sejak kebelakangan ini jarang membuat posting, itu la kekadang lepas lunch dah ready nak postingkan idea-idea yang mendatang namun kesesakkan perut yang dah kenyang ni memaksa mata menjadi layu lantas terus tidur hehehe.....gurau gurau di tengahari ..ok kan kan kan..




Baik lah kita teruskan dengan tajuk entry kita hari pada hari ini iaitu bajet 2.0 yang di umumkan oleh PM semalam 28hb Sept 2012 bagi bajet peruntukan untuk tahun 2013. Pastinya ramai yang tersenyum girang dan ketawa serta ada juga yang terkilan ...namun kita harus faham tidak semua apa yang telah di tuntut harus di penuhi dan mungkin sedikit demi sedikit permintaan dari orang ramai pasti akan di penuhi...

Saya tidak ingin mengulas banyak soal bajet yang baru di umumkan tersebut cuma saya ingin mengucap tahniah ke atas anggota tentera yang tidak berpencen yang hanya berkhidmat selama 13 th, 15th dan 18th kerana tuntutan mereka telah di penuhi oleh kerajaan yang cukup prihatin akan masalah bekas tentera yang tidak berpencen. RM1000 bakal di terima sebagai saguhati di atas jasa mereka yang akan di beri secara "one-off" dan janganlah selepas ini ada lagi cakap-cakap kosong yang melahirkan ketidakpuasan hati lagi, bersyukurlah pada apa yang di beri, insyallah akan lebih berkat dan selamat.

Bagi pesara yang berpencen bonos RM500 telah pun di sediakan buat anda semua maka bersyukurlah di atas pemberian tersebut dan terus berusaha gigih untuk meneruskan kehidupan ini tanpa perlu untuk menunding jari kepada sesiapa dan teruskan perjuangan anda demi membesarkan anak-anak dan berbelanjalah secara berhemah...kalau kita rasa diri kita susah , harus di ingatkan ada yang lebih susah dari kita dan jika kita rasakan kita sudah kaya raya ,,,haruslah kita ingatkan ada lagi yang lebih kaya dari kita, Allah merahmati pada manusia yang sentiasa besyukur ke atas rahmat pemberianya, dan janganlah mengkafirkan sesama manusia dengan mengatakan itu haram dan ini haram tapi bila soal pemberian wang ...sapu semacam jer, hilang bab haram..maka mari kita fikir dan renung-renungkan.

Kebelakangan ini cuaca sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai tidak menentu , adakalanya hujan lebat dan adakalanya hujan sekejap-sekejap seperti mana Isnin baru-baru ini di mana hujan turun dengan lebatnya selama 3 hari berturut-turut memaksa ada di kalangan kita peniaga Pasar Malam tidak berani untuk turun berniaga kerana di takuti mencatat kerugian , tetapi berdasarkan pengalaman saya keuntungan besar juga boleh di catatkan andainya ramai peniaga yang tidak datang berniaga dan hujan pulak berhenti sekitar jam 7 petang sehingga ke malam hari seperti yang berlaku pada tapak Pasar Malam hari Selasa di Taman Janggus, Bukit Mertajam. Ramai yang tidak datang berniaga dan bagi yang datang pastinya meraih keuntungan yang besar, syukur alhamdulillah, amin.
Justeru itu nasihat dari saya , pergilah berniaga dan jangan takut hujan atau sentiasa berfikir negatif, perkara yang terbaik berfikirlah secara positif kerana rezeki Allah dengan dunia perniagaan memang tidak boleh di jangka.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM ANDA DI SINI SEGERA.

No comments :