.:)

Friday, April 29, 2011

RESIPI ASAM LAKSA YANG HEBAT


Bahan-Bahan

■500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar

■1 biji timun dihiris panjang-panjang
■3 biji telur rebus - potong 4 setiap satu
■4 biji limau kasturi – potong-potong
■1 bawang besar dimayang
■Bahan-bahan untuk kuah: 4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
■8 keping asam keping
■2 tangkai daun kesum
■1/2 bunga kantan

■Bahan Kisar:

■8-10 cili kering (ikut pedas masing-masing)
■2.5cm belacan
■1 biji bawang besar
■Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1.Ikan yang direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.

2.Isi ikan dikisar.

3.Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan-bahan kisar yang lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.

4.Masukkan garam secukup rasa, dan bolehlah di
hidangkan.

5.Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi, jika anda suka pedas.

Segala panduan yang mudah dan bagaimana untuk anda memperdagangkan menu jualan yang anda telah pilih telah di ajar di dalam ebook panduan buku perniagaan Pasar Malam..anda boleh dapatkan dengan kadar segera sebelum harga di naikkan..

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG MUDAH DAN HEBAT DISINI

No comments :