nuffnang1

.:)

Apr 8, 2011

1 , 2, 3 Mulakan Pasar Malam Anda


BISNES Pasar malam merupakan perniagaan setempat, di mana dalam satu kawasan terdapat ramai peniaga-peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan.

Pasar malam biasanya beroperasi daripada petang hingga ke malam. Pasar malam juga dikenali sebagai pasar lambak, pekan sehari dan pekan hari bagi sesetengah tempat. Walaupun namanya berlainan namun konsepnya agak sama. Menjual pelbagai jenis barang dengan membuka payung,gerai, melonggok barangan dan sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain mengikut jadual yang ditetapkan.

Perniagaan pasar malam sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja yang
berminat untuk berniaga. Modal permulaan tidak besar, tempat perniagaan
mudah perolehi malah peniaga tidak perlu risau berkenaan dengan
pelanggan. Cuma bagi peniaga baru, mereka perlu memikirkan apa yang
hendak dijual mengikut kehendak, modal, minat dan kemampuan masing-
masing.

Ebook Bisnes pasar malam, memberi idea kepada mereka
yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutama perniagaan
pasar malam. Mereka boleh membuat penyelidikan dan memilih mana yang
sesuai dengan minat dan kemampuan sendiri bagi memulakan perniagaan
yang menguntungkan.

Buku ini menerangkan bagaimana cara memulakan bisnes dengan
cepat dan mudah, pengurusan untuk mendapatkan modal, mendaftarkan
perniagaan, lokasi, sumber bekalan, kemahiran, pemasaran, promosi serta
meletakan harga dan menyimpan rekod dan sebagainya.

Isi kandungan ebook ini terbahagi kepada beberapa katergori iaitu :

Pengenalan
Jenis Bisnes
Keperluan Asas
Modal dan Kos
Pendaftaran
Lokasi
Sumber bekalan
Tenaga Kerja
Kemahiran
Sasaran Pelanggan
Harga Tawaran
Promosi dan Pemasaran
Organisasi berkaitan
Pengalaman Kisah Sebenar Peniaga Dari Pulau Pinang

Pelbagai bahan dapat dijual sama ada barangan yang sudah siap,
Barangan dapur, barang permainan, barang pertanian, hasil pertanian,
makanan siap, makanan mentah, buah-buahan, aksesori, pakaian, alat ganti
kenderaan, barangan terpakai dan sebagainya. Namun sebelum berniaga,
anda disyorkan menetapkan satu produk ataupun jenis barang yang hendak
dijual sebagai label atau trade mark. Biar orang mengenali anda dengan
produk itu. Ini memudahkan para pelanggan membeli apa yang dikehendaki
ditempat anda.

DAPATKAN SEGERA EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN MAKLUMAT YANG MENGUNTUNGKAN

No comments :