.:)

Friday, March 13, 2009

Resipi Kuah Kacang Untuk Sate Dan Nasi Himpit/ Malay Tradisional Sate Food for Sate



Bahan-Bahan:
Resepi untuk 150 cucuk sate

Bumbu cili.
( sambal cili)

2 gengam cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cawan air
sedikit asam air asam jawa
minyak menumis


kuah kacang

1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga masak.ditumbuk halus
8 ulas bawang merah.
5 ulas bawanh putih
3 inchi halia
2 batang serai
1 sudu makan jintan manis dikisar halus
1 sudu makan jintan putih dikisar halus
1 sudu makan udang kering ditumbuk
1 cawan santan cair
1 cawan air asam jawa.
minyak menumis
garam dan gula

Cara:

bumbu cili.

goreng kesemua bahan ini dgn sedikit minyak hingga kekuningan dan tuangkan air kedalam kuali..renihkan sehingga cili kembali kembang dan kisar bahan ini halus.

pijarkan minyak goreng bumbu cili sehingga pecah minyak. warna cili akan keperangan.masukkan air asam jawa. setelah masak simpan bumbu cili semalaman .cili akan bertukar menjadi merah keesokan harinya

kuah kacang
mesin bawang merah,bwg putih halia serai jintan manis ,putih dan udang kering . goreng bahan ini dgn minyak yang banyak selama 10 minit.

masukkan 1/3 bumbu cili.dan kacang tanah masak hingga kacang sebati.tambahkan cili jika ingin pedas.

masukkan santan dan air asam jawa.dan perasakan dengan garam dan gula.
Cadangan Hidangan:
hidangkan kuah kacang ini dengan sate dan lebihan bumbu cili.jika ingin pedas lagi campurkan bumbu cili.
Tambahan:
resepi ini dari seorang peniaga sate yang terkenal di kuala lumpur.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DISINI

No comments :