nuffnang1

.:)

Feb 12, 2009

Khas Untuk Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

Di sini saya ingin merujuk kepada pihak MPSP berhubung pasar malam 2 tingkat Alma, Bukit Mertajam yang kini sudah menjadi semakin caca merba di mana pihak penganjur sendiri dah tak boleh berbuat apa-apa bagi menghalang kemasukan peniaga peniaga yang tidak berdaftar di tapak haram yang mereka adakan sendiri.

Saya memohon kepada Pengarah yang bertangggungjawab dalam hal ehwal peniaga Pasar Malam agar turun padang dan buat pemantauan terhadap pasar malam Alma pada hari rabu..

Sekarang ni dah ramai peniaga-peniaga kain baju yang telah mula meletakkan barangan jualan mereka melebihi dari had yang ditetapkan oleh MPSP...tapak tapak mereka juga telah sampai atau mencecah ke bangunan baru yang dalam proses pembinaan dan saya khuatir jika pemilik bangunan tersebut akan membuat surat bantahan terhadap pasar malam ini...dan janganlah kerana nila setitik habis kami semua tak boleh berniaga..

Jadi saya mohon dan rayu agar MPSP menghantar satu team bagi menguatkuasakan tapak yang sedia ada dan tapak haram....janganlah sehingga nasi menjadi bubur baru nak bertindak....tq

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA PERCUMA DISINI