.:)

Friday, December 26, 2008

INCOME STREAMKU DENGAN PASAR MALAM

Salam!

Nama saya yang sebenar Zul atau lebih dikenali di Seberang Perai dan Pulau Pinang Aree Bihun Sup. Saya meninjau dan" long tour" dari Malaysia sehingga ke Negara Omputih, saya lihat rata-ratanya orang yang masuk ke ruangan Forum ni semuanya tercari-cari , bagaimana nak buat duit kat Internet> Ebiz?

Kekadangnya banyak duit yang habis dengan membeli Ebook dan pelbagi tool untuk buat duit walaupun sebenarnya benda ni kurang pasti dan saya tak nafikan memang ada yang berjaya> saya sendiri pun ada sedikit sebanyak dapat duit dari perniagaan Internet nih?

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah ada banyak lagi perniagaan yang wujud kat mukabumi Allah yang maha luas ini? Dan anda perlulah membuka minda untuk melihat perniagaa Fizikal yang lebih nyata dan memberikan pulangan yang lumayan dan anda boleh menjadi "TAUKE" sendiri?

Salah satu perniagaa yang saya maksudkan dan tak pernah saya lihat ada sesiapa yang menulis atau bincangkan adalah perniagaan Pasar Malam?

Memang saya tahu ada sekelompok manusia memandang hina pada peniaga-peniaga Pasar Malam ini? Tetapi tahukah anda peniaga Pasar Malam boleh menjana pendapatan sehingga RM20K sebulan? Dan mereka-mereka inilah yang di gelar jutawan senyap> hidup dalam keadaan "Low Profile". Jika tidak masakan mereka mampu menggunakan kereta-kereta mewah dan mempunyai rumah mewah yang anda sendiri tidak mampu milikinya!

Ok! harap anda tidak bosan membaca leteran saya ini > hanya untuk anda???

Saya sendiri adalah seorang peniaga Pasar malam di Pulau Pinang dan mempunyai 7orang pekerja yang setia dan sudah bertapak di sini selama 14 tahun dengan income bulanan RM10 Ribu sebulan Bersih?????

Kisah saya bermula 14 tahun yang lalu dimana saya juga berkerja makan gaji seperti anda juga dan pada masa itu kalau makan gaji memang susah nak hidup senang? Saya mula mendapat Idea dari abang saya untuk mulakan perniagaan Pasar malam ni dengan menjual keropok lekor dan air soya . Saya buat ni ada ler dalam setahun lebih cam tu sehinggalah saya mula masuk ceramah -ceramah politik dan saya perhatikan ! kenapa terlalu ramai orang jual bihunsup> saya balik dan saya mengkaji , berapa income mereka dapat ngan income jual keropok saya?

Setelah saya survey , rupa-rupanya menjual bihunsup ni income yang dapat fulamak hebat BRO?
Timbul di fikiran saya nak jual bihun sup pulak tetapi tak tahu pulak nak masak> fuh kacau-kacau! Lama jugak saya dok fikir benda ni sehinggalah suatu hari saya teringatkan sepupu saya yang berniaga Kat KOMTAR , Penang> dia ada kedai nasi ayam kat situ?
Apa lagi, ni peluang baik ! Saya pun belajar ngan dia? Ada ler lebih kurang sebulan dok ulang alik naik feri nak dapatkan resepi nih?

Maka bermulalah saya dengan perniagaan baru> bihunsup?
Mula-mula tu nak dapatkan pelanggan punya ler susah, tuhan saja yang tahu> modal dah ler tinggi> jualan tak seberapa dengan saingan dari orang-orang lama yang dah berpuluh tahun jual bihunsup? sehingga ada yang tegur saya " berani hang jual bihunsup no?"
Almaklumlah rata-rata penjual bihunsup pada masa tu berumur lingkungan 40an tetapi saya baru jer berumur 24 tahun masa tu> Bak kata orang Penang, KANIAQ lagi?.

Saya tak mengalah dan terus berusaha memperbaiki keenakkan bihunsup saya dan pada mulanya saya kerja sorang diri jer , tetapi lama kelamaan dengan berkat usaha dan izin Allah saya berjaya bersaing ngan geng-geng yang dah lama dan sehingga kini saya mempunyai 7 orang pekerja dan saya tak perlu buat apa sekarang? Idea yang paling bijak saya dapat ialah saya juga berniaga air teh, kopi serta pelbagai minuman sejuk dan panas?????? Pandai tak?

Anak buah saya akan bergerak dengan barang ke Pasar malam jam 3.30 petang dan saya hanya akan pergi selepas waktu Maghrib untuk monitor dan ambik duit dan saya akan balik jam 10 malam , barang-barang semua akan dikemaskan oleh pekerja saya??? Jadi Tauke ler BRO.

Hingga kini saya mampu hidup bersenang lenang dan saya masih mempunyai masa menaip cerita ini untuk tatapan anda merenung perniagaan yang nyata dengan impian atau angan-angan???????

Paling buat saya senang hati apabila tibanya Ramadan yang mulia, sudah pastinya tumpuan orang ramai kepada AREE BIHUN SUP GEAR BOX EXT SERVICE dan masing-masing berebut-rebut nak membelinya. Yang menariknya income saya setiap tibanya bulan Ramadan tak lari dapat RM17K ke RM18K sebulan> Percaya tak> cuba dulu baru tau??

Sekiranya anda kurang yakin anda boleh pergi ke blog saya , bukannya promosi cuma nak buktikan kepada anda yang perniagaan Pasar Malam pun boleh di promosi melalui Internet>keh keh keh.

Bagi mereka-mereka yang tinggal di Pulau Pinang dan Seberang Perai saya jemput untuk menikmati hidangan bihunsup saya ini dan lokasi perniagaan saya anda boleh lihat di sini.

Ada yang bertanya> erk Cam mana Peniaga Pasar Malam boleh celik IT nih?Untuk maklumat anda sekarang ni, kebanyakkan Peniaga Pasar Malam mempunyai kelulusan yang tinggi dan pada asalnya memang mereka-mereka ini makan gaji seperti anda semua tetapi keinginan untuk menambah pendapatan mendorong mereka menceburi perniagaan Pasar Malam ini>
Baik saya bagi bagi contoh di sini, NASIR SOYA> PEMEGANG IJAZAH BIZ STUDY-UKM> KINI SEORANG PEMBEKAL SOYA TERKEMUKA DI PULAU PINANG<> PAK NGAH LAKSA- PEMEGANG IJAZAH SYARIAH-UUM> KINI PENIAGA LAKSA YANG MEMPUNYAI 5 CAWANGAN SEHARI DAN INCOME STREAM DIA RM100K- RUMAH DAN KERETA DIA TAKUUUT KALAU ANDA TENGOK<> DAN SAYA SENDIRI PEMEGANG IJAZAH "NURSING CARE DAN DIPLOMA PUBLIC HEALTH , Semua ini bukan untuk membanggakan diri cuma sekadar menyedarkan masyarakat dan ingin mengajak saudara mempelajari teknik dan perniagaan Pasar Malam yang menjanjikan pulangan yang pasti anda tidak percaya???

INGATLAH ANDA MAMPU JADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN DENGAN MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI < JANGAN JADIKAN PERNIAGAAN ANDA HANYA MIMPI DAN IGAUAN DISETIAP HARI ANDA DAN ANDA MASIH PAKAI WIRA SECONDHAND SAMPAI SEKARANG.LAYARI BLOG SAYA UNTUK KEPASTIAN ANDA> THE PASAR MALAM BILLIONAIRS
Sekadar pandangan dari saya> AREE ENTERPRISE ( AREE BIHUNSUP GEARBOX )
__________________

Thursday, December 18, 2008

FANTASTIC WATER FROM GOD ALLAH / MUKJIZAT MUSOFA ZA'FARAN



Pengenalan Dan Kelebihan Air Musofa Za'faran / Introducing Musofa Za'faran
CIRI-CIRI KETULENAN MUSOFFA:

Mempunyai pelekat " NAQIA ORIGINAl"
Tarikh Luput dan Batch No, di botol
Mempunyai barcode
Perkataan kilang bertaraf GMP
Cetakan timbul pada logo dan huruf NAQIA di botol
Warna air kuning keemasan dari herba zafaran berkualiti
Mempunyai logo Malaysia Book Of Record dan logo
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Merupakan minuman herba yang di adun daripada kaedah perubatan holistik islam dan mendapat pengiktirafan daripada pakar-pakar Perubatan Alternatif sedunia serta diakui keberkesanannya kepada semua golongan bangsa dan agama.

Tersedia di minum dan boleh digunakan dalam apa jua kaedah. Amat berkesan untuk memberi ketenangan jiwa, kekuatan tubuh badan dan kecerdasan minda.

KANDUNGAN MUSOFA ZA'FARAN

Gabungan 30 Juzuk tulisan dan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran, Bismilah, Ayat-ayat Syifa', Asma Al Husna, Asma Ul A'azam. Doa Angin Ahmar, Dakwat Za'faran, Air Zam-Zam dan air mineral dan merupakan minuman herba yang terbaik serta untuk jiwa dan akal bagi kesihatan yang berkualiti.

ANUGERAH MUSOFA DI TELAH DI TERIMA

World Platinum Award 2004 ( Open International University Sri Langka, Colombo.
Malaysian Book Of Records 2004 (Penulisan Al-Quran oleh 99 Al-Hafiz di PWTC).
Gold Ox 2005 (United Nation Affiliated NGO Lama GangChen World Peace Foundation Italy).
PHD in Islamic Medicine 2005 ( Camden University, USA ).
Best New Product Of Service 2005 ( From Steve Award 2005 - New York, USA)

KELEBIHAN DAN MUKJIZAT PENGGUNAANNYA:

1. BAGI PENIAGA DAN USAHAWAN>>

* Pembuka pintu-pintu rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka.
* Menambah keberkatan dalam setiap usaha.
* Mempermudahkan segala kesulitan dan kesukaran.
* Menguatkan aura diri, kesihatan rohani dan jasmani.
* Membina sifat-sifat positif, cergas dan cerdas.
* Membentuk sahsiah diri dan ketrampilan yang efektif.
* Mendapatkan cahaya dan keberkatan dalam perniagaan.
* Pendinding dari gangguan mistik.
* Memberi kekuatan jiwa dan minda.
* Menambahkan kesabaran dalam setiap rintangan.
* Melazatkan makanan ( bagi pengusaha makanan ).
* Ikhtiar keselamatan dari ancaman dan pengkhianatan.
* Mencetuskan idea yang kreatif dan innovatif.
* Ikhtiar untuk menarik hati pelanggan.
* Ikhtiar dari gangguan sihir, jin dan syaitan.
* Ikhtiar pendinding dari kebakaran, kecurian dan bencana.
* Membina akhlak dan tanggungjawab.
* Menjauhi penyelewengan dan salahlaku di kalangan pekerja dan majikan.

2. ISTEMEWA BUAT IBU-IBU MENGANDUNG>>

* Amalan baik untuk mendapatkan zuriat dari perhubungan yang di berkati.
* Menguatkan imunisasi tubuh badan dan mengelakkan penyakit atau jangkitan.
* Menyembuhkan pelbagai penyakit fizikal yang dihidapi sebelum atau sesudah mengandung.
* Mendapat anak yang sempurna fizikal dan jiwa tanpa kecacatan.
* Mempunyai anak yang berjiwa tenteram dan tidak banyak meragam selepas dilahirkan.
* Makanan kesihatan yang terbaik untuk mendapat anak yang pintar dan cergas.
* Amalan untuk mendapatkan kulit anak yang cantik dan mulus, menghilangkan ruam.
* Mendapatkan zuriat yang soleh/solehah yang mudah di pimpin dan di didik.
* Mengelakkan komplikasi kandungan songsang atau yang bermasalah dan berpenyakit merbahaya.
* Mendorong ibu melakukan amalan baik dan menjaga syariat sepanjang mengandung.
* Makanan rohani yang dapat membentuk keperibadian anak menjadi anak yang baik.
* Mengelakan gangguan sihir, jin dan syaitan, terkenan, badi atau saka.
* Mencergaskan tubuh badan dan memberi tenaga kepada ibu dan janin.
* Mengelakan kemurungan, kelesuan, tekanan perasaan dan ketegangan fikiran.
* membina sikap ceria, gembira dan tenang.
* Mengurang dan menghilangkan ragam mengandung seperti mual, loya, pening, penat, mudah letih, selalu rasa marah dan resah gelisah.

3. MUJARAB BUAT ISTERI DAN IBU >>>

* Memelihara dan mencantikan imej molekul air di dalam badan.
* Membersihkan di bahagian dalaman badan.
* Menguatkan imunisasi, stamina dan jasmani.
* Melapangkan jiwa dan menghilangkan tension dan stress.
* Mengimbangkan hormon dan mencantikan susuk tubuh.
* Melambatkan proses penuaan.
* Membentuk seri wajah yang halus dan awet muda.
* Memberi tenaga dan jiwa yang ceria.
* Melunakkan hati dan mudah berinteraksi.
* Suka kepada kebajikan dan ibadah.
* Menguatkan aura tubuh dan menguatkan antibodi.
* Menghalus dan menceriakan kulit.
* Bertindak sebagai minyak urut dan astringent ( Penyegar wajah ).
* Merangsang nafsu jimak dengan suami ( bagi para isteri ).
* Memberi ilham dan rangsangan melakukan kebaikan.
* Mengurangkan stress ketika haidh, mengandung atau bersalin.
* Meningkatkan kecerdasan minda.
* Mengurangkan sifat pelupa.
* Ikthiar mengelakkan gangguan seksual, mangsa ragut, rogol dan sebagainya.
* Pendinding dan penawar segala kejahatan.

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKANNYA>>>

MUSOFFA berfungsi mengikut niat, doa dan keyakinan. Untuk kesihatan tubuh badan, jadikan amalan setiap hari bagi memastikan kekuatan dalaman rohani dan dapat menstabilkan aura yang baik. Tiada sukatan khusus kerana ia bukan ubat. Jika perlu menambahkan air, muliakan air ini dengan menuangkan dari atas kepada air lain untuk keberkatan.

* Bagi yang mempunyai masalah kesihatan yang berat serta hajat yang penting, gunakan secara kerap dan maksimum. Lakukan selama 7 hari berturut-turut untuk kesan yang terbaik. Elok diulangi jika masih tidak berkesan dan jangan berputus asa.

* Boleh disapu pada anggota yang lumpuh, sakit, cedera, luka melecur, berpenyakit kulit dan sebagainya.

* Boleh dibuat seperti minyak urut bagi sakit sendi, saraf, lenguh dan sebagainya.

* Boleh di renjis pada semua bahagian di rumah, kenderaan, kebun dan persekitaran yang diniatkan untuk keselamatan.

* Boleh dititik didalam telinga atau mata yang bermasalah dengan kadar yang sesuai.

* Jika terkena gangguan sihir atau berlaku pada gangguan pada tubuh, elok dibuat mandi dengan cara menjirus air daripada kepala terus ke badan serata yang mungkin dan hendaklah dijadikan bilasan terakhir sahaja.

ADAB UNTUK KESAN YANG TERBAIK>>

* Pastikan niat, doa dan keyakinan penuh kepada kehebatan mukjizat Al-Quran kerana Allah.

* Banyakkan Selawat dan hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah (S.A.W), keluarga Baginda, para sahabat, auliyya serta berbuat baik kepada kedua ibubapa kita.

* Memuji dan bertasbih kepada Allah dan Rasulullah (S.A.W).

* Berdoa dengan rendah diri dan hati penuh mengharap.

* Untuk hajat yang khusus minum selepas selesai Solat.

* Tip tambahan bagi yang berpenyakit kronik, Perbanyakkan berzikir dan sebut perkara yang baik-baik, bersedekah, jaga makanan dan minuman serta sumbernya yang suci, mohon doa daripada orang-orang soleh, ulama dan ahli ibadah.

BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN AIR MUSOFFA INI , SAYA MENJUAL DALAM BENTUK PAKEJ DENGAN HARGA YANG TELAH DI BERI DISKAUN....UNTUK 5 BOTOL ANDA HANYA PERLU MEMBAYAR RM45 + RM20(Kos Packing) SAHAJA DAN BOTOLNYA ADALAH BERSAIZ 500 ML....

SETELAH PEMBAYARAN DIBUAT SILA HANTAR EMAIL KEPADA hzulkarnai@gmail.com. Dan nyatakan dengan tajuk " Pembayaran Musofa Za'faran" atau hubungi saya atau sms di 012-4635092....penghantaran akan di buat secepat mungkin...terima kasih

SILA BUAT PEMBAYARAN MENGGUNAKAN KAEDAH BERIKUT:

BANK IN KE AKAUN MAYBANK SEBANYAK RM65

NAMA: ZULKARNAI BIN HARUN AR RASHID
MAYBANK AKAUN : 1010-666-93503

ATAU
POSTAL ORDER ATAU CHECK SEBANYAK RM65 KEPADA :

ZULKARNAI BIN HARUN AR RASHID
BLOK C-G-10, APARTMENT PERMATA, JALAN PERDA UTAMA,
BANDAR PERDA, 14000 BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI,
PULAU PINANG,
MALAYSIA.

I'M SELLING IN PACKAGE SIZE WITH 5 BOTTLE IN 500ML SIZES .. SELLING PRICE IS USD 70 INCLUDE SHIPPING.
FOR THOSE WHO FROM NEIGHBOUR COUNTRY WHICH IS FROM SINGAPORE, BRUNEI, IND0NESIAN, THAILAND, PHILIPINES AND FROM OTHER NATION KINDLY MAKE PAYMENT USING WIRE TRANFFER (T.T) TO MY MAYBANK ACCOUNT AT :

BANK NAME: MAYBANK MALAYSIA
ACCOUNT No: 1010-666-93503
AMOUNT : USD70 ( INCLUDED SHIPPING ).

WHAT SHOULD YOU DO NEXT AFTER PAYMENT HAVE BEEN MADE:

* SEND EMAIL TO INFORM ME AT hzulkarnai@gmail.com with your home or where adressed to send the product.

* AND NOTIFY WITH TITLE " PAYMENT FOR MUSOFFA ZA'FARAN "

* OR KINDLY CONTACT BY PHONE AT 60124635092

THANK YOU....

Hari Yang Sesuai Bercuti

Salam....semoga anda semua sihat..maafkan saya coz sejak kebelakangan ini jarang-jarang sekali saya buat posting kat sini...almaklum sibuk skit sekarang ni sejak menambahkan lagi biz baru...yang masih dalam peringkat permulaan .

Ok hari ini saya nak kongsikan dengan anda ...hari yang amat sesuai untuk anda bercuti panjang dari berniaga di Pasar Malam setelah hampir 1 tahun berpenat lelah mengharungi pahit dan getir perjalanan perniagaan anda....anda perlu menghitung dan membuat perkiraan dalam segala perancangan anda...buat masa sekarang pertengahan bulan Disember ni memang amat sesuai sekali untuk anda bercuti panjang dalam seminggu cam tu untuk bawa family pergi vacation..tak kira ler kemana saja...

Kenapa saya pilih pertengahan bulan Disember...ini kerana dalam pertengahan Disember ni kebanyakkan orang akan lebih berjimat cermat atau bercuti balik kampung sempena cuti sekolah yang panjang dan juga sedang berjimat cermat untuk membuat persiapan untuk anak-anak bersekolah pada Januari nanti...maklum ler nak beli macam-macam, baju sekolah, buku dan pelbagai lagi peralatan persiapan semasa buka sekolah nanti..justeru itulah saya memilih pertengahan Disember untuk bercuti...

Macam saya sendiri, esok saya akan terbang ke Negara China bersama family....selama 1 minggu..dan akan kembali minggu hadapan....semoga percutian anda akan membawa kebahagiaan....selamat bercuti....salam..

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM PERCUMA ANDA DISINI SEKARANG...

Monday, December 8, 2008

Khabar Angin Rombakkan Pasar Malam 2 Tingkat Alma

Salam, saya rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua peminat blog The Silent Pasar Malam Billionaire dan seluruh warga malaysia serta penganut agama Islam sedunia....syukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi kita nafas untuk terus sama-sama menyambut hari yang mulia ini.

Semalam saya masih berniaga di Pasar Malam Mengkuang walaupun malam tadi adalah malam raya...dan saya memang dah jadi perkara biasa berniaga pada malam raya haji. Bukan saya saja yang berniaga tapi masih ramai lagi yang berniaga...tapi semalam perniagaan agak sedikit lembab coz mungkin ramai yang hanya keluar membeli bahan untuk masakan pada hari raya nanti...tapi itu tak menjadi masalah, perkara biasa ler tu....dalam pada tu datang seorang kenalan yang berniaga di Pasar Malam 2 tingkat Alma dan beliau memaklumkan kepada saya yang pasar malam 2 tingkat Alma akan di buat rombakkan...benar atau tidak saya tak pasti coz penganjur belum memaklumkan apa-apa pada saya...pasal tu saya katakan Khabar Angin he he he....

Alasan yang sahabat saya tu kata adalah kerana ramai peniaga lama tak dapat tapak dan lorong pelanggan lalu lalang agak luas, namun secara peribadinya saya kurang bersetuju dengan alasan yang tak masuk akal cam tu...bagi saya tapak masih kosong walaupun pada bahagian belakang. Pasal tu saya katakan ada antara peniaga yang tak nak berkorban masa dalam satu ke dua jam untuk datang ambil lot tapak pada hari selasa semasa pembahagian tapak dan mereka sanggup rugi bertahun-tahun...itulah yang berlaku sekarang ni, dah mula nak kecoh dan buat havoc yang mereka peniaga lama lah dan macam-macam lagi...berkenaan lorong laluan pelanggan yang terlalu luas tu bagi saya memang dah cukup cantik coz ini memberi keselesaan pada pengunjung berjalan dengan lebih selesa bagi memilih barangan yang ingin mereka beli...inilah yang saya katakan old timer mentaliti peniaga pasar malam yang masih rendah ( maafkan saya jika bahasa saya sedikit menyinggung perasaan anda),maksud saya adalah inilah perubahan atau anjakkan paradigma masa kini yang dah cukup cantik di buat oleh Pak Ya dengan susunan lorong yang luas coz kalau di lain-lain pasar malam sukar kita dapati lorong seluas ini dan pengunjung terpaksa berhimpit-himpit ...malahan dengan lorong yang luas ini juga memudahkan bagi peniaga-peniaga yang datang lambat atau yang dah habis barang jualan untuk membawa masuk kenderaan mereka kerana tidak akan menggangu pelanggan yang masih ramai...

Memang ada segelintir peniaga pasar malam yang tidak mahukan perubahan kerana itulah maka barang jualan mereka gagal dijual coz cara penyusunan atau layout masih mengikut gaya 80an yang mana tidak seiring dengan zaman milenium sekarang ini...justeru itu bila ada peniaga baru yang lebih muda masuk dan mereka mempelbagaikan gaya susunan dan barangan mereka maka mereka berjaya meledakkan jualan mereka....jadi maka timbullah perasaan cemburu dan irihati di kalangan peniaga yang saya gelarkan old timer ni.....

Dan kerana itulah saya telah menerbitkan ebook pasar malam saya yang pertama bertujuan mengajar peniaga pasar malam bagaimana mereka boleh berubah dari gaya lama kepada gaya yang terkini....jika anda pernah datang ke gerai saya ..anda boleh lihat sendiri bagaimana cara susunan barang-barang jualan serta meja makan saya...cukup berbeza dari peniaga bihunsup lain...

Untuk penganjur Pasar Malam 2 Tingkat Alma, sekiranya pihak tuan masih ingin membuat rombakkan saya menghormati keputusan tuan itu kerana ini hanya sekadar pandangan peribadi saya dan tiada kaitan dengan pendapat peniaga-peniaga lain....kerana bagi saya tidak semua benda yang kita buat dapat memuaskan hati semua orang dan selaku penganjur gunakan kebijaksanaan dan kuasa yang ada pada tangan tuan-tuan...

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE ANDA PERCUMA SEKARANG

Thursday, December 4, 2008

PIC PASAR MALAM 2 TINGKAT ALMA (RABU)






SAYA MELANGKAH SETAPAK LAGI KEHADAPAN DENGAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN TOP UP PREPAID BAGI KEMUDAHAN PENIAGA PASAR MALAM

Kejayaan Pasar Malam 2 Tingkat Alma (Rabu)



Salam dan selamat sejahtera pada kalian yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini perniagaan Pasar Malam. Seronok dan teruja saya nak khabarkan pada anda yang pembukaan hari pertama Pasar Malam Alma sesungguhnya telah berjaya dan tip top.
Kenapa? saya katakan 2 tingkat...he he he ini adalah kerana Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam lah merupakan satu-satunya Pasar Malam dalam Malaysia yang mempunyai 2 tingkat cam Pasar Raya Jaya Jusco atau Carrefour.. he he he...

Macam-macam persepsi peniaga yang kurang setuju dengan pembukaan pasar malam di atas Lot Parking 2 tingkat ni...dan pada mulanya ada sedikit pertikaian namun segalanya saya anggap selesai setelah malam tadi perniagaan berjalan lancar dengan kunjungan dari orang-ramai yang sangat-sangat luar biasa dan diluar jangkaan kami ..coz meletup biz semalam...bukan bihun sup sahaja malah rakan-rakan yang lain juga...sejarah bagi perniagaan bihun sup saya malam tadi apabila baru jer jam 9 malam segalanya habis dijual dan sejarah jugak bila jam 10 malam dah ada kat depan rumah...he he he ni lah yang di panggil rezeki dan dengan berkat keyakinan dan percaya serta ingin mencuba dan tak mudah putus asa..semua peniaga dapat tersenyum lebar semalam...

Memang tak dinafikan ada yang kurang senang dengan Lot tapak yang mereka duduki dan ramai yang pertikaikan kenapa peniaga baru boleh berada di Petak hadapan...namun ini tak perlu di pertikaikan kerana pada awal awal lagi penganjur sudah memaklumkan setiap peniaga harus datang pada hari selasa bagi menentukan tapak masing-masing namun ada yang engkar dan degil...apa salahnya datang sekejap...tak rugi kalau dapat luangkan masa dalam 1 ke 2 jam daripada rugi 2 tahun ...inilah yang saya katakan cakap tak serupa bikin , bila orang dah kasi tapak baru nak kecoh....

Satu lagi Pak Long jual kueh yang saya cakap nak boikot tu pada mulanya dan terikut -terikut cara orang yang berfikiran pendek...apa dah jadi, he he malam tadi tersenyum simpul lalu depan saya ..saya pun apa lagi ..."SMESH" ler skit...merah padam muka, nasib baik dia datang berniaga dan ambik petak meniaga kalau tak! siapa yang rugi....AREE BIHUN SUP GAK YANG UNTUNG...

Lokasi makanan yang telah di susun atur oleh Pak Ya n the gang memang cukup berkesan di Lot tingkat atas kerana cukup sesuai dengan suasana open air cam kat Hotel he he, saya cadangkan jika anda bercuti ke Pulau Pinang, luangkan lah sedikit masa untuk datang ke Pasar Malam 2 Tingkat Alma dan singgahlah ke gerai Aree Bihun Sup Gear Box...dan nikmatilah ketulenan bihun sup Pulau Pinang....promote lah pulak!!!.

Lokasi bahagian bawah di letakkan ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam ,pakaian dan pelbagai lagi produk yang saya gerenti anda tidak akan jumpai di mana-mana lokasi dalam Malaysia ni dan kami sedang cari nama nak letakkan pada Pasar Malam 2 Tingkat ni...he he he..

Saya telah di maklumkan oleh Pak Ya yang pihak MPSP telah meluluskan surat kebenaran permohonan untuk di majukan kepada TNB bagi pemasangan lampu..dan ini satu lagi bukti komitmen penuh oleh pihak majlis dan sokongan mereka terhadap masalah peniaga pasar malam di Seberang Perai dan juga tak di nafikan atas daya usaha penganjur yang sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih teratur dan tenang.....

Sebelum saya tamatkan cerita buat kali ini SAYA SEBAGAI WAKIL PENIAGA PASAR MALAM 2 TINGKAT ALMA (RABU) INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PAK YA N THE GANG SERTA PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI DI ATAS KERJASAMA DAN KELULUSAN YANG DIBERIKAN SUPAYA PENIAGA-PENIAGA DAPAT MENERUSKAN AKTIVIT PERNIAGAAN PASAR MALAM INI..SEMOGA JASA BAIK TUAN-TUAN AKAN DI BALAS KEBAIKAN OLEH ALLAH SWT...AMIN

DAPATKAN EBOOK THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIRE ANDA PERCUMA DISINI SEKARANG

Wednesday, December 3, 2008

Rahsia Resipi Sup Gear Box Di Bongkar




Cara Penyediaan Resipi Sup Gear Box..

Pembahagian Lot Tapak Pasar Malam Alma (Rabu)

Salam...pertama sekali saya mohon maaf kerana sepatutnya saya publishkan story tentang pembahagian tapak baru di Alma semalam..tetapi bila balik jer dari berniaga semalam seluruh badan cam rasa lumpuh dan tak bermaya..almaklum ler saya sebagai wakil peniaga terlibat dengan pembahagian tapak tu...penat..sampai rumah jer malam tadi terus ""BUMMMM" lena ler apa lagi..he he he...!!!!

Pembahagian tapak semalam hampir mencetuskan sedikit kekecohan dan ketegangan dan perkara ni memang saya dah agak dah akan berlaku coz cam biasa la, bukan disitu jer..mana-mana pembahagian tapak baru pun akan ada yang pro dan kontra...rugi betul la semalam saya tak bawa kamera untuk snap pic..kalau tidak pastinya anda boleh lihat kekecohan tu he he ...tapi tidak ler sampai berlaku sesuatu yang tidak di ingini......pada awalnya saya terlewat datang coz saya banyak urusan walaupun telah di maklumkan oleh Pak Ya untuk datang awal, bila saya sampai ingatkan dah settle rupanya masih lagi dalam keadaan tegang...

Rupanya peniaga ni dah terbahagi kepada 2 puak yang pro dan kontra ...yang pro tu hanya mengikut dan akur pada arahan penganjur untuk berniaga pada lot di atas...grand stand he he he..hebat..mana pernah ada pasar malam dalam Malaysia ni 2 tingkat...anda hanya boleh dapatinya di Alma, Bukit Mertajam, S.Perai jer..Ini semua adalah berkat dan daya usaha Pak Ya n the gang serta kebaikan pihak Majlis Perbandaran S.Perai terutamanya Pengarah Perlesenan, Tuan Syed dan En Wahid...thank a lot...ok berkisar tentang yang kontra plak ni mereka punyai pelbagai alasan dengan mengatakan jika hujan susah ler dan sikap ketidak adilan penganjur terhadap peniaga Melayu yang perlu menggunakan payung di bahagian atas....saya cuba mententeramkan golongan ni dan alhamdulillah ada yang bersetuju.........

Lepas tu saya himpunkan semuanya sekali dan saya suruh Pak Ya ceritakan sebab musababnya kenapa peniaga makanan perlu di tempatkan pada bahagian atas...dalam penerangan Pak Ya tu..memang ada logik dan bernasnya....coz kata Pak Ya...kalau makanan di letakkan dibawah memang akan ada masalah sebab semuanya menggunakan generator dan mungkin ada dalam 40 generator lepas tu pastinya asap akan berkepul-kepul keluar ...cam mana ...tu tak termasuk lagi ngan asap satay dan asap barang-barang makanan yg di masak disitu....fuh alasan yang cukup logik dan saya sokong 200%..he he he...Yang bagi alasan kalau hujan susah ler..customer susah ler nak naik atas di balas oleh sesetengah peniaga dengan kata-kata begini " KITA PENIAGA PASAR MALAM NI MEMANG DAH BERNIAGA KAT TEPI JALAN DAN HUJAN TU PERKARA BIASA LA??? KALAU TAK MAU KENA HUJAN ...PI CARI KEDAI DOK DALAM KEDAI????"" kemudian disambut dengan gelak tawa memerli Pak Long Kueh yang menimbulkan usul ni....Pak Long Kueh ni umur dah 63 saya rasakan tapi masih lagi mai berniaga....pasal tu kami dok cerita kalau usia cam ni lebih baik duduk kat rumah jer....he he he ...ni kes anak-anak tak bantu ler kot...he he he....

Satu lagi yang protes kuat bihun sup Kulim....tak nak ler saya mention siapa nama dia...tapi bukan saya he he he...saya AREE BIHUN SUP EXT SERVICE...Saya penyokong kuat Pak Ya ..he he mamat ni lagi dahsyat ..ada ker patut dia ajak boikot...ni ler yang kita katakan mulut tak der insuran dan cakap ikut sedap mulut jer....kalau tak niaga nak makan apa...argghhh lantak dia ler nak niaga ker tak nak ker..yang penting majoriti dah bersetuju...semalam semasa saya dalam proses mendaftar nombor-nombor petak Lot pun dia tak datang jumpa saya...marah ler tu...siapa yang rugi...sediri la rugi beb...sendiri mau ingatlah , terima hakikat dan kenyataan bahawa telah ada perubahan dalam struktur dan organisasi kini....cuba buangkan fikiran sempit ...kerana seorang peniaga tidak harus mencampur adukkan politik dan perniagaan ....apa yang penting kita boleh berniaga walau siapa pun perintah..betul tak....

Namun cerita semalam dah pun selesai dan kini saya masih berdebar-debar nak hadapi situasi pada hari ini plak 3/12/08 (Rabu)...yang mana kami akan memulakan perniagaan di Lot Grand Stand ..tak tau ler saya apa pulak cerita hari ni...dan saya pasti perkara sama akan berulang coz tak semua peniaga makanan yang daftar semalam atas alasan kesibukan berniaga di lokasi tapak pasar malam lain semalam...pastinya hari ini akan timbul rasa tidak puas hati dengan Lot yang akan mereka dapat coz tapak hadapan semua dah full house..dan yang tinggal hanya kat belakang jer lagi...apa-apa pun saya doakan agar semuanya berjalan lancar dan selamat dan semoga Allah jauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini dari berlaku....insyallah...

Hari ni saya akan cuba dapatkan pic lokasi perniagaan kami untuk hari Rabu dan saya akan uploadkan buat tatapan umum......doakan kesejahteraan dan kesuksesan kami berniaga hari ni dan satu lagi moga customer tetap datang walaupun lokasi sedikit terlindung dari pandangan awam...

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA SECARA PERCUMA DISINI SEKARANG

Monday, December 1, 2008

Kesan Raya Aidil Adha( Raya Haji) pada Peniaga Bihun Sup

Salam......saya pasti ramai peniaga yang menjual bihunsup atau makanan yang berkaitan dengan daging akan teruja dan berminat mengetahui akan kesan atau impact terhadap perniagaan mereka menjelangnya perayaan Aidil Adha pada 8hb Disember nanti.

Ingin saya nyatakan dengan terus terang yang setiap kali menjelangnya Aidil Adha saya akan bercuti di tapak-tapak pasar malam yang lokasinya terletak dalam Kampung atau pinggir-pinggir bandar..coz kat kampung ni biasanya orang banyak buat korban dan daging korban banyak, justeru itu mereka tak makan bihun sup..he he he he....

Kena hadapi dengan tabah dan ini juga termasuk dalam kategori strategi perniagaan...he he he....jumpa lagi...