nuffnang1

.:)

Apr 11, 2008

Tip Dan Panduan Memulakan Perniagaan Pasar Malam

Baca dan tumpukan perhatian anda kerana belum pernah ada mana-mana pihak yang MEMBONGKAR RAHSIA DAN TEKNIK BERKESAN MENJANA DARI RM10,000.00 SEHINGGA RM15,000.00 DENGAN PERNIAGAAN PASAR MALAM


Terlebih dahulu saya ingin memberi amanat kepada anda semua agar jangan mempersia-siakan masa yang anda ada , cuba penuhi dan kurangkan masa melepak serta aktiviti sia-sia kerana zaman sekarang ni manusia berlumba-lumba menuju ke bulan maka anda pula perlu berlumba menjana wang yang banyak untuk hari tua anda dan masa depan anda serta keluarga anda!

Cuba penuhi masa lapang anda, atau cari satu ruang untuk mencari “side income”yang mungkin satu hari nanti akan menjadi “full income” anda dan anda mampu berdiri setaraf mereka-mereka yang kaya raya…………..!!!!!!.

Baik, kita teruskan kepada topik yang akan saya utarakan di sini ,tentang tip,panduan dan pelbagai cara membina perniagaan Pasar Malam!

Segala-segalanya akan saya huraikan secara ringkas tetapi padat dan kalau anda kurang faham atau kurang yakin atau tak percaya, boleh ajukan soalan kepada saya…………….!!!!

Sebelum anda memulakan perniagaan Pasar Malam ni anda perlu fikirkan>>>>

1. Jenis Perniagaan yang hendak di jalankan?( Niche)
Anda perlu kenal pasti jenis produk yang akan anda niagakan dan yang anda rasa anda mampu lakukan > nasihat saya jangan main caca merba jer jual sebarangan makanan kat Pasar malam, boleh lingkup bisnes. Cuba anda “tour” dulu kat Pasar Malam dan “survey”, apakah produk yang anda rasa sesuai di niagakan. Cadangan saya , lebih baik anda pilih produk makanan kerana makanan di labelkan sebagai “International Product” maksudnya , anda perlu makan atau beli makanan tak kira ada duit atau pun tidak, sebab itulah makanan adalah niche yang terbaik untuk perniagaan Pasar Malam dan saya gerenti anda mampu buat duit yang banyak!!!

2. Modal??????
Arghhh! Ini yang menjadi pokok asas kepada sesuatu perniagaan bagi menentukan keuntungan atau kejayaan sesuatu perniagaan> didalam istilah perniagaan, sekiranya modal tinggi maka keuntungan yang diperolehi juga tinggi tetapi jika modal sedikit, keuntungan pun sedikit…
Anda perlu tahu perkara ini dan nasihat saya , jangan takut keluarkan modal… mana ada perniagaan yang tak keluar modal> pencuri pun kalau nak merompak perlu modal( gadai nyawa ler kalau kena tangkap .. he he he he). Gunakan prisip bangsa Cina, mana ada untung kalau tak ada modal dan cepat-cepat tutup bisnes tu kalau tiada prospek untuk maju kerana ini lebih selamat daripada menanggung rugi. Walau apapun jangan mudah mengalah atau berputus asa….!
Cuba keluarkan modal yang seminimum mungkin dalam awal perniagaan anda dan cuba perhatikan rentak peniagaan anda sebelum menambahkan produk makanan anda sebagai contoh, hari anda buat bihunsup 1kilo,esok kalau habis tambah ke 2 kilo dan seterusnya. Tetapi anda perlu ingat saingan di Pasar Malam terlalu sengit dan maha dahsyat namun anda harus terus mencuba serta jangan mudah mengalah kerana bila anda dah dapat tempat di hati pengunjung, nah anda akan lihat meja makan anda akan meledak dan sentiasa “full” sampai tak larat nak layan pelanggan> seperti mana berlaku kepada saya kini> he he he> kenyataan??


3. Kenderaan Yang Akan Digunakan
Perkara ini juga amat penting untuk anda fikirkan> tetapi jangan susah hati kerana anda boleh gunakan kereta yang telah sedia ada , maksud saya kenderaan anda sendiri, tapi kalau anda gunakan kereta Honda> masalah tu> sayang kereta ler! Atau anda boleh cari sebuah kereta lama yang berharga sekitar RM400 ke RM500 sebagai permulaan menapak ke Pasar Malam. Saya sendiri 13 tahun lalu mula menggunakan kereta Proton Saga bawa barang berniaga, itu permulaan ler dan kini saya mempunyai 3 buah van bagi membawa barang ke Pasar malam> kenapa saya tak gunakan lori 1 tan? Akan saya bagi jawapan nanti…

4. Barang-Barang Sokongan
Keperluan yang mesti ada bagi memulakan perniagaan, seperti contoh anda akan berniaga bihunsup, anda memerlukan periuk, dapur,mangkuk atau pinggan untuk bihun, lapik pinggan,sudu,garpu, penceduk dawai untuk angkat daging serta tulang dan sebagainya, kerusi, meja, payung besar,kaki meja hadapan saiz 6 x 8,lapik meja dan apa-apa yang anda fikirkan perlu> cuba minimumkan keperluan yang tak perlu dan jangan membazir!

5. Pekerja Untuk Membantu
Perkara ni jangan bimbang… lihat dulu, apa jenis perniagaan yang bakal anda jalankan. Sekiranya anda ingin menjual bihunsup.. jawapannya, ya.. anda perlukan seorang pembantu bagi menolong anda tetapi sekiranya anda ingin menjual keropok Lekor atau air soya , saya rasa anda mampu lakukan seorang diri kerana produk ni senang sangat kecuali anda sendiri nakkan seseorang menemani anda! Tentang bayaran gaji kepada pekerja anda saya akan nyatakan kemudian.

Setelah Semua Keperluan Dah Ada, Langkah seterusnya adalah bagaimana nak dapatkan tapak Pasar Malam!!!!!!!!!!!!!!!

1. Anda terlebih dahulu pergi meninjau atau "tour" Pasar malam berdekatan rumah anda yang kalau boleh biarlah yang mempunyai ramai pengunjung!

2. Jangan hanya inginkan Pasar malam yang hanya berdekatan tempat tinggal anda , tetapi jualan kurang memberangsangkan, biar Pasar Malam tu jauh sedikit tetapi jualannya , fulamak mantap????.

3. Cuba survey tapak yang kosong dan belum ada peniaga yang berniaga disitu, kebiasaannya kalau Pasar Malam tu memang ramai pengunjung, tapak mesti full punya! namun demikian anda boleh gunakan kebijaksanaan anda dengan letak barang terlebih dahulu di tapak yang tiada peniaga datang buat sementara waktu sahaja sebelum anda mengembangkan sayap.

4. Seelok-eloknya anda terlebih dahulu berjumpa dengan penganjur Pasar Malam tersebut, kerana kebiasaannya setiap Pasar Malam mempunyai Penganjur. Sikap Penganjur ni ada dua jenis yang perlu anda ketahui:
a. Pertamanya ada penganjur yang baik hati dan akan melayan anda dengan baik dan akan cuba carikan anda tapak yang kosong, kalau anda terjumpa penganjur begini > sememangnya tuah dan rezeki bagi anda!!!

b. Keduanya ada penganjur yang jenis macam Singa Jantan> bila kita tanya samada masih terdapat tapak kosong atau tidak maka dia akan menjawab secara selamba> tak ada...tak ada ataupun , awak cari sendiri la! Penganjur cam ni senang jer nak ngajar dan anda tak perlu risau tentang itu> nanti saya ajarkan , bagaimana Penganjur Pasar Malam tunduk hormat kepada saya...

5. Semasa mencari tapak,anda dinasihati agar bermanis muka dan berlembut lidah! cuba-cubalah anda bertanya kepada peniaga-peniaga yang sedia ada> samada masih terdapat tapak yang kosong... tip saya , jangan terus "direct tanya dia" cuba duduk dan minum dulu kat tempat brader tu dan lepas minum masa nak bayar baru tanya kerana sekurang-kurangnya dia akan berbesar hati sebab anda dah pun menjamah barangan dia! tetapi sekiranya anda ingin menjual bihunsup jangan ler pergi dan duduk makan kat gerai bihun sup pulak, ni dah jadi kes niaya nanti.

6. Usaha dan usaha tanpa jemu, terus bertanya dan bertanya , insyaallah anda akan dapat satu tapak yang cukup baik, tetapi mesti diingat, sekiranya anda berniaga makanan jangan duduk bersebelahan orang menjual ikan atau ayam atau daging, sebabnya anda akan putih mata kerana pengunjung tidak akan singgah makan digerai anda kerana dengan bau yang hanyir hanya akan mengundang padah?


7. Setelah anda mendapat tapak sementara maka jalankan perniagaan anda dengan penuh senyuman dan ikhlas melayan pelanggan! selain dari makan yang sedap, "servis" juga penting dalam mempromosi makanan anda dan jika servis anda "pure"maka nama anda akan menjadi "viral" bagi pengunjung-pengunjung Pasar Malam kerana cerita anda akan menjadi buah mulut orang!" Fulamak, si Aree tu punya Bihun Sup memang sedap, kalau awak pergi tak sampai pun lima minit makanan dah sampai" begitulah mereka akan bercerita sesama mereka dan secara tak langsung bihunsup anda dah di promosikan secara percuma. Sementara sedang anda berniaga tu, tinjau-tinjaulah tapak yang kekal untuk anda terus bertapak kat situ, buat perlahan-lahan dan saya pasti anda kan menjumpainya.



Jumpa lagi esok>>>

16 comments :

puterakb said...

A'kum...saya nak tahu kenapa tak gunakan lori 1 tan. Apa kekurangan mengunakan lori & apa kelebihan mengunakan van. Sekian, terima kasih

Aree Tone WoW said...

Salam, Putera!!!

Sebenarnya ada kelebihan dan kekurangan van dan lori?

Kalau anda menggunakan lori, ada banyak perkara anda kena fikirkan...

1. Anda perlu ada lesen GDL untuk pengangkutan...

2. Anda terpaksa melalui ujian JPJ untuk setiap 6 bulan > dan belum tentu lagi lulus.. he he

3. Semasa bawa lori untuk ujian , dah tentu anda tak leh berniaga..kan rugi?

4. Sekiranya lori anda menggunakan Diesel.. sure ler roadtax jejak sampai RM1000 lebih.. kes naya tu??

5. Dan jika masuk test untuk Puspakom> cam macam kena cek,tayar, kusyen, kena cat baru> semua tu melibatkan kos... he he

Dan jika anda gunakan Van , lebih selamat dan mudah kerana tak payah daftar dan cuma bayar kegunaan individu dan roadtax insuran cuma dalam RM400 lebih jer setahun>> kan lebih jimat he he

Unknown said...

salam em zulkarnai.saya ingin bertanya.bagaimana dengan lesen perniagaan yg perlu ada untuk perniaga di pasar malam ini.harap encik dapat membantu.

Aree Tone WoW said...

Wsalam, dalam perniagaan pasar malam ini, anda perlu mendapatkan lesen dari PBT di kawasan anda dan bayaran termaktub atas PBt masing-masing...

kalau di Pulau Pinang bayaran lesen hanya RM30 sahaja setahun dan anda bebas di mana-mana kawsan di Pulau Pinang..

Klezcar Bayan Baru said...

Salam, nak tanya
1. Kat mana nak beli Generator yg elok mcm yamaha e950?
2. lama x proses utk buat lesen meniaga tu?apa syarat2 yg diperlukan?

tamtam said...

Boleh jadi mentor dalam bisnes pasar malam abang nie.online mentor... susah nak cari... ngan bihun sup lagi..hehe memartabatkan ekonomi melayu

Aree Tone WoW said...

Wsalam...untuk mencari Jenis Generator yAMAHA yang baik adalah keluaran Japan dan bukan China..harga sekitar RM1600 terkini dan boleh di dapati di sekitar kedai yang mengeluarkan mesin mesin pembuatan dan bahan binaan..tetapi bukan ya di Hardware...

Berkenaan dengan lesen...bergantung kepada PBT negeri masing-masing..sila berhubung dengan PBT di tempat anda untuk maklumat lanjut..

Unknown said...

salam..nak tanya kalau tapak pasar malam tu tetap ke camne?

Unknown said...

assalam..kalau tapak pasar malam tu tetap ke berubah?

Aree Tone WoW said...

Untuk maklumat saudara, tapak pasar malam adalah tetap dan tidak akan berubah...sebagai contohnya setiap hari tapak pasar malam akan berubah mengikut lokasinya.

Hari isnin di tempat lain dan hari selasa di tempat lain..namun setiap hari isnin di lokasi yang sama...

preview http://www.wangpasarmalam.com

Unknown said...

Salam sifu...
Saya nak tanya, kalau kita berjumpa dengan penganjur kategori singa jantan tu cmne nak buat ye?
Apa penawar ntuk org cmtu?
plz advice...

Aree Tone WoW said...

Wsalam..maaf lambat reply...untuk mengatasi masalah penganjur macam singa jantan cukup mudah dan senang..

Permulaanya kita rendahkan diri dan ikut jerk telunjuk dia...

Kemudian selalu dan kerap kali belanja dia barang jualan kita secara percuma....lama kelamaan pasti penganjur tersebut akan lembut hati dengan kita...

Masa inilah kita pulak tunjuk Singa jantan huhuhu..

hanis khiri said...

Terbaik la tuan..Terima kasih atas perkongsian ilmu yang terbaik.

Unknown said...

Assalamualaikum,

kalau saya guna van Daihatsu Granmax yang dah diubah jadi mcm cafe bergerak (food truck), kena ada lesen GDL jugak ke?

bahri mohd said...

Saya cadang Nak membuka perniagaan pasar Malam Yong tau fuu ar ...Bahri 0164401755

bahri mohd said...

Saya cadang Nak membuka perniagaan pasar Malam Yong tau fuu ar ...Bahri 0164401755